Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM27.00 RM30.00
Wacana Falsafah Barat Tinjauan Dan Kritikan
End In :
Price RM27.00 RM30.00
Product SKU 9789674601553
Brand ITBM
Reward Points 30
Points Needed 6000
Availability 9
Quantity
Description

Wacana Falsafah Barat Tinjauan Dan Kritikan - Kulit Lembut

 

Pengarang: Abdul Rahman Haji Abdullah

Penerbit: ITBM

ISBN: 9789674601553

Tahun: 2016

Bil Muka surat: xii,266

Berat: 425g

 

Dalam penulisan dan pengkajian sejarah, terdapat dua pendekatan yang sering digunakan oleh para sarjana. pendekatan tersebut sama ada ia ditinjau daripada pendekatan tekstual atau daripada pendekatan kontekstual. Kajian daripada pendekatan testual lebih menekankan perkemabgan sesuatu unit idea atau pemikiran tertentu tanpa dikaitan dengan ruang dan waktu tertentu. Pendekatan konstektual pula lebih kepada kajian sesuatu idea atau pemikiran yang berkait rapat dengan konteks ruang dan waktu tertentu. Penulis lebih cenderung kepada pendekatan kontekstual dalam perbincangan dan pengkajiannya melalui buku ini. dalam penulisan buku ini, penulis berpedomankan prinsip yang telah digariskan oleh Imam al-Ghazali. Imam al-Ghazali telah menulis Maqasid al-Falsafah untuk menjelaskan hakikat dan tujuan falsafah barat (Yunani). Kemudian, imam al-ghazali menulis pula buku yang kontrovensial iaitu Tahafut al-Falasifah yang menyerang ahli-ahli falsafah muslim kerana pandangan mereka dianggap terseleweng dan tersesat daripada hakikat kebenaran. Walaupun imam al-ghazali menyedari akan bahaya pegangan yang diwujudkan oleh falsafah barat, namun beliau tetap menyeru agar umat islam menguasai ilmu falsafah barat kerana penyebarannya sudah meluas dan mengancam akidah, syariat dan akhlak islam. Hanya dengan memahami dan menguasai kesesatan falsafah barat sahajalah, penyelewengan dan kesesatan tersebut boleh dibetulkan. Wacana falsafah barat: tinjauan dan kritikan ini boleh dijadikan sumber rujukan untuk lebih memahami falsafah barat. Sejarah falsafah barat dan falsafah islam serta teras kepada falsafah-falsafah tersebut telah dibincangkan secara jitu oleh penulisnya.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More