Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM22.00
Tradisi Falsafah Ilmu: Penghantar Sejarah dan Falsafah Sains
Price RM22.00
Product SKU 9789830982663
Brand Pustaka Ilmi
Reward Points 22
Points Needed 4400
Availability 16
Quantity
Description

Tradisi Falsafah Ilmu: Penghantar Sejarah dan Falsafah Sains - Kulit Lembut

Pengarang: Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah
Penerbit: Pustaka Ilmi
ISBN: 9830982661
Tahun: 2002
Bil Muka surat: 318
Berat: 433g

Ledakan knowledge explosion dan information technology dari satu aspek telah meluaskan horizon mengembara di dalam pelbagai dimensi ilmu dan maklumat yang tidak bertepi. Setiap detik manusia disajikan dengan maklumat baru sehingga semakin asyik dan terlena dengan suasana tersebut. Penerokaan dan pengembaraan dibidang baru ini disangka akan menambah ilmu, tetapi rupanya menjadi sesat dalam belantara maklumat tanpa mengetahui mana jalan keluarnya. Manusia mungkin bertambah maklumat tetapi sebetulnya tidak bertambah bijaksana.

Banyaknya maklumat dan bertambahnya beberapa aspek pengetahuan baru menyebabkan manusia semakin angkuh. Ramai yang tertinggal untuk menggali kembali hakikat dan keperluan dari konsep penggalian ilmu yang sebenarnya. Manusia kini bukan hanya memerlukan kebijaksanaan atau hakikat ilmu, tetapi daya dan kekuatan untuk mengamalkannya perlu dipraktikkan. Keikhlasan dalam membangun dan mengamalkan ilmu merupakan puncak tradisi dan falsafah ilmu untuk menentukan apakah amalannya diterima atau pun sebaliknya. Permasalah ilmu yang senantiasa dihadapi manusia dari dulu hingga kini berkaitan dengan kejahilan mutlak, kejahilan tentang ilmu yang benar, persoalan mengamalkan ilmu yang benar dan bagaimana menanamkan ikhlas dalam mengamalkannya.

Kehadiran buku ini cuba mengupas pelbagai masalah berkaitan dengan hakikat penghargaan insan dengan ilmu. Sehingga tidak timbul penggersangan terhadap usaha murni para pengkaji dan penyelidik dalam meneruskan usaha penjernihan dan keikhlasan penerapan tradisi ilmu dalam kehidupan.

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More