Like and Follow us on Facebook: Pelita Dhihin | Instagram: @pelitadhihin
CHECK OUT OUR DISCOUNT OFFER NOW!

Terms & Conditions

Selamat datang ke laman kedai talian www.kafilahbuku.com. Laman web ini diuruskan oleh Pelita Dhihin.

Sharat dan terma yang dinyatakan di bawah terpakai untuk semua pelanggan Pelita Dhihin di sini. Anda termaktub pada sharat dan terma yang dinyatakan di bawah selagi mana anda berurusan di www.kafilahbuku.com

Umum
Kandungan sharat dan terma di sini tertakluk kepada perubahan, penukaran dan pembatalan setiap masa. Ambil perhatian bahawa Pelita Dhihin mempunyai hak untuk mengubah sharat dan terma ini tanpa notis. Sebarang pelanggaran sharat dan terma yang digariskan oleh Pelita Dhihin di sini bakal dikenakan tindakan.

Kandungan Laman dan Hak Cipta

Kesemua gambar, ilustrasi, rekabentuk, ikon, foto, video, karangan dan apa jua bahan yang dipaparkan di laman web ini adalah hak cipta, tanda pasaran dan harta intelek yang dimiliki oleh Pelita Dhihin, melainkan mana-mana yang disebutkan sebagai bukan.

Ulasan dan Maklum Balas

Kesemua komen dan maklum balas terhadap laman web www.kafilahbuku.com akan menjadi hak milik Pelita Dhihin.

Pengguna bersetuju bahawa tiada ulasan yang dihantar di www.kafilahbuku.com yang melanggar hak pihak lain, termasuklah hak cipta, tanda perniagaan, kerahsiaan mana-mana pihak. Bahkan, pelanggan perlu akur bahawa tiada ulasan yang bersifat melanggar peraturan, penghinaan atau kelucahan. Pengguna perlu bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk ulasan yang mereka tinggalkan di laman Pelita Dhihin ini.

Ma‘lumat Barangan
Kami tidak menjamin barang yang sebenar akan sama sepertimana yang terpapar pada papan skrin anda, kerana ia bergantung kepada kualiti dan jenis paparan yang digunakan oleh pengguna.

Promosi

Pelanggan bersetuju yang Pelita Dhihin akan menghantar bahan promosi tentang berita/barangan/promosi terkini melalui emel dari semasa ke semasa.

Ganti Rugi

Pengguna bersetuju untuk tidak menuduh, menanggung kerugian dan tidak mendakwa Pelita Dhihin terhadap apa jua tuntutan, kemusnahan, kos dan perbelanjaan, termasuklah perbelanjaan guaman yang berkaitan dengan penggunaan laman web ini.

Pautan kepada Laman Web yang lain

Apa jua pautan lain daripada laman web www.kafilahbuku.com adalah di bawah tanggungan risiko pengguna. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kerugian yang ditanggung akibat melayari laman web pihak lain itu.

Ma‘lumat yang Tidak Tepat

Dari masa ke masa, ada maklumat di www.kafilahbuku.com yang mengandungi kesalahan taip, tidak tepat, pengguguran, yang mana berkaitan dengan maklumat barangan, harga, keberadaan dan kandungannya bakal dikemaskini. Kami bertanggungjawab dan mempunyai hak untuk membetulkan mana-mana kesilapan, pengguguran atau perubahan maklumat barangan tanpa perlu menghantar makluman kepada para pelanggan. Sekiranya pelanggan tidak berpuas hati terhadap barangan yang telah dibeli, kami akan membuat pemulangan semula dengan sharat-sharat yang telah ditetapkan. Sila semak pautan "Return and Refund Policy" untuk maklumat lanjut.

Pembatalan

Perjanjian sharat dan terma ini berkuatkuasa antara kedua-dua pelanggan dan www.kafilahbuku.com. Pelanggan boleh menamatkan perjanjian sharat dan terma pembelian ini bila-bila masa. Pun begitu, www.kafilahbuku.com juga berhak untuk membatalkan perjanjian ini bila-bila masa yang dirasakan perlu dan menghalang mana-mana pelanggan yang gagal mematuhi sharat dan terma yang telah digariskan di atas.

Copyright © 2018 Pelita Dhihin (002360866-M). All rights reserved.eCommerce by SiteGiant