Price | RM20.00 |
Product SKU | 9789674031114 |
Brand | Blue T Publication |
Size (L x W x H) | 25 cm x 20 cm x 2 cm |
Reward Points | 20 |
Availability | Out Of Stock |
Rabbaniyyin Bukan Ramadaniyyin: Beramal Sepanjang Masa - Kulit lembut
Pengarang: Yusuf al-Qardhawiy
Penterjemah: Muhammad Dzulhilman Roslan
ISBN: 9789674031114
Penerbit: Ana Muslim Publications
Bahasa: Melayu
Tahun: 2014
Bil. Muka surat: 164
Berat: 280 g
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Rabb kami ialah Allah, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan); 'Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu berasa sedih. Dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.' Kamilah pelindung-pelindung-Mu dalam kehidupan dunia dan di akhirat. Di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) daripada (Rabb) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Apakah kamu semua ingin termasuk ke dalam golongan orang yang disebutkan Allah SWT ini? Merekalah golongan Rabbaniyyin yang meletakkan Allah SWT sebagai Rabb seterusnya meneguhkan pendirian mereka. Jika kamu menginginkan, maka ketahuilah sifat dan ciri-ciri mereka. Kenalilah siapa Rabbaniyyin itu, dengan itu kamu terdorong untuk menjadi salah seorang daripada mereka. Berapa ramai orang yang mengatakan: "Aku termasuk dalam golongan Rabbaniyyin", tetapi perilakunya menunjukkan, "Engkau ialah Ramadaniyyin, bukan Rabbaniyyin."
Jadilah Rabbaniyyin, yang sentiasa menyembah Allah SWT dalam setiap masa, bukan Ramadaniyyin yang hanya menyembah Allah SWT pada bulan Ramadan sahaja.