Price | RM50.00 |
Product SKU | 9789671377765 |
Brand | Taman Pustaka |
Reward Points | 50 |
Points Needed | 10000 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Description
Tanah Kala: Sejarah Negeri Kelantan - Kulit lembut
Penulis: Nuraidil Zakaria
Penerbit: Geroda Merah Press
ISBN: 9789671377765
Tahun: 2017
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil Muka surat: 406
Berat: 562g
Asal nama Kelantan adalah gabungan dua perkataan iaitu iaitu Kolam/Kolom/Kala dan Thana, perkataan pertama adalah 'telor’ kepada sebutan Koli, nama bandar tempat kelahiran Maya, ibu kepada Siddharta Gautama Buddha yang terletak di lndia. Penduduk awal Kelantan telah mengambil nama bandar tersebut sebagai nama penempatan mereka dan digabungkan dengan perkataan Thana yang bermaksud had atau sempadan lalu wujud perkataan Kolam Thana. Lama kelamaan sebutannya berubah menjadi Kelamtan atau Kelantan, ada masa ia disebut sebagai Tanah Kala yang membawa maksud satu kawasan tanah yang luas.
Tanah Kala Sejarah Negeri Kelantan pula merupakan naratif yang tidak rigid memuatkan unsur sejarah mengisahkan kerajaan kerajaan Kelantan Tua. Ia cuba merungkaikan perkaitan Kelantan Tua dengan beberapa kerajaan lama seperti Langkasuka, Sriwijaya, Majapahit, Champa, Melaka dan Siam. Pengisahannya bermula semenjak awal kurun masihi hingga kepada kemunculan Long Yunus yang mengasaskan Kesultanan Kelantan Moden, naskhah ini terbahagi kepada enam bab mengikut hubungan Kelantan Tua dengan kerajaan lama yang dinyatakan, selain itu ia turut menyentuh kerajaan lama lain yang terdapat di China, Vietnam, Kemboja dan Myanmar malah ia turut menyentuh kerajaan Eropah awal yang mengungsi ke Alam Melayu seperti Portugal, Perancis, Belanda dan lnggeris.
Maklumat dalam naskhah ini belum tentu yang sempurna, namun bukan suatu yang enteng untuk anda pertikaikan, penilaian anda sangat dihormati namun anda bukan hakim untuk menentukan arah tuju naskhah ini.
Reviews (0)
view all
back
You Might Like These Too:More