Price | RM40.00 |
Product SKU | 9789679426465 |
Brand | Penerbit UKM |
Reward Points | 40 |
Points Needed | 8000 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Penaungan Dalam Kepimpinan Politik Melayu UMNO Kelantan 1946-90 - kulit lembut
Penulis: Mohd Ali Kamarudin
ISBN: 9789679426465
Penerbit: Penerbit UKM
Tahun: 2004
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 241
Berat: 380g
Politik Kelantan membuktikan bahawa tidak semua tokoh bangsawan mampu muncul sebagai pemimpin yang berkesan dan berjaya membawa UMNO ke pusat kuasa. Tengku Panglima Raja, Tengku Ahmad Tengku Abdul Ghafar, Tengku Mahmud Mahyidin, Tengku Indra Petra, Tengku Ahmad Rithaudden dan Tengku Razaleigh Hamzah adalah antara golongan aristokrat yang menjadi pemimpin rakyat Kelantan. Tengku Razaleigh adalah yang masih bertahan. Kekuatan Tengku Razaleigh dalam politik Kelantan tidak semata-mata terletak kepada kewibawaan karismatik. Sebelum beliau memperolehi kewibawaan itu, kedudukan dan hubungannya yang rapat dengan istana Kelantan telah memberikan beliau kewibawaan tradisional. Dengan berbekalkan kewibawaan ini, beliau muncul dan diterima sebagai pemimpin utama UMNO Kelantan, dan dijangkakan berperanan sebagai penaung simbolik. Tanpa memiliki kewibawaan tradisional, dan tanpa menduduki status sosial yang tinggi dalam masyarakat Melayu Kelantan, Tengku Razaleigh belum tentu diterima atau diberi penghormatan sebagai pemimpin UMNO pada tahun 1960-an. Maka, tidak mengejutkan apabila para penyokong bersedia mempertahankan kepemimpinan Tengku Razaleigh melalui Parti Semangat 46 apabila beliau disingkirkan selepas gagal dalam pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO. Tindakan para pengikutnya itu jelas membayangkan kesediaan mereka untuk jatuh bangun bersama pemimpin yang diagung-agungkan itu. Bagi mereka, masa depan UMNO Kelantan bergantung kepada kekuatan dan pengaruh peribadi Tengku Razaleigh. Tanpa Tengku Razaleigh UMNO Kelantan melalui zaman yang malap.