Price | RM15.00 |
Product SKU | 9838840327 |
Brand | Institut Kajian Dasar |
Reward Points | 15 |
Points Needed | 3000 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Wanita: Hakikat dan Realiti - Kulit Lembut
Penulis/Penyunting: Azizan Haji Baharuddin
ISBN: 9838840327
Penerbit: Institut Kajian Dasar
Tahun: 1994
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 149
Berat: 250 g
Sehingga kini pencapaian wanita di Malaysia di dalam semua bidang bolehlah dianggap membanggakan. Namun demikian dunia hari ini berubah dengan begitu pantas dan kesan perubahan persekitaran terhadap individu serta sistem kekeluargaan amat ketara dan mendalam. Oleh itu walaupun banyak yang mungkin sudah tercapai, tuntutan terhadap wanita masih tinggi dan berat.
Untuk menangani cabaran ini wanita perlulah memahami dengan jelas dan selengkap mungkin bukan sahaja ilmu di dalam semua bidang kehidupan bahkan apa yang lebih penting lagi, ilmu mengenai pengenalan dan pengurusan diri mereka yang dalaman dan hakiki. Penguasaan ilmu yang sedemikian tidak dapat dielakkkan kerana hanya ianyalah yang betul-betul dapat menjamin kematangan dan kearifan wanita yang sebenarnya.
Rata-rata nasib wanita hari ini telah banyak berubah, dan terserahlah kepada mereka untuk memanfaatkan segala peluang yang ada untuk membuktikan bahawa mereka sebenarnya patut bersama kaum lelaki di semua peringkat membimbing masyarakat mapan yang adil, aman makmur serta berdaya tahan.
Di antara lain buku ini cuba menghuraikan 'cara' dan 'ilmu pelengkap diri wanita yang telah disebutkan dengan menggunakan pendekatan yang menyepadukan bidang-bidan agama, sains dan falsafah.