Price | RM53.00 |
Product SKU | 9789674881894 |
Brand | Penerbit UM |
Reward Points | 53 |
Points Needed | 10600 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Bias dalam Penyelidikan Sains Sosial - Kulit Lembut
Editor: Mohd Awang Idris, Yulita & Haslina Muhamad
ISBN: 9789674881894
Penerbit: Penerbit UM
Bahasa: Bahasa Melayu
Tahun: 2021
Bil Muka surat: 153
Berat: 280 g
Kajian sains sosial secara umumnya melibatkan persepsi manusia, baik oleh perspektif penyelidik, mahupun responden yang terlibat dalam penyelidikan. Walaupun pelbagai metodologi muncul, sama ada yang bersifat kuantitatif mahupun kualitatif, bias merupakan isu yang sering muncul, yang menyebabkan hasil penyelidikan perlu ditafsirkan secara berhati-hati. Walau sebaik mana pun penyelidik mengawal semua asas penyelidikannya, bias adalah hal yang tak mampu dielakkan. Buku ini secara umumnya cuba menyingkap beberapa isu bias dan ralat yang sering berlaku dalam penyelidikan sains sosial. Bagaimanapun, ia tidaklah pula mampu memperjelaskan kesemuanya memandangkan setiap metodologi penyelidikan itu sendiri mempunyai pelbagai isu. Buku ini sekadar memberikan gambaran ringkas tentang beberapa isu bias yang umumnya berlaku dalam bidang sains sosial. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang berminat dengan dunia penyelidikan sains sosial, baik penyelidik, pensyarah atau pelajar pascasiswazah yang berhasrat menjalankan penyelidikan.