Price | RM25.00 |
Product SKU | 9789673681174 |
Brand | Al-Hidayah Publication |
Points Needed | 5000 |
Availability | 3 |
Quantity |
|
Sistem Administrasi dan Pentadbiran Pada Zaman Rasulullah SAW: Kajian sejarah tentang prinsip-prinsip sistem pentadbiran pada zaman awal pemerintahan Islam - kulit lembut
Penulis: Hafiz Ahmad 'Ajjaj Al-Karmi
ISBN: 9789673681174
Penerbit: Al-Hidayah Publication
Tahun: 2012
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 363
Berat: 490 g
Buku ini merupakan sebuah rujukan ilmiah yang amat terbatas bilangannya dalam membincangkan dan menghuraikan aspek-aspek Sirah Nabawiyah dari segi pengurusan, pentadbiran, kehakiman, ketenteraan dan hak asasi manusia. Huraian yang dikemukakan dalam buku ini meliputi dari awal sejarah sistem pentadbiran yang dilaksanakan sejak zaman jahiliyyah hinggalah kepada langkah-langkah penambahbaikan dan pembaharuan berdasarkan ajaran Islam yang dirintis oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, yang kemudiannya diteruskan dan dikembangkan oleh para Khulafa' Ar-Rasyidin dan sahabat-sahabat lainnya.
Buku ini merangkumi aspek-aspek dan sistem pentadbiran yang dijalankan dari sudut dakwah Islamiyyah, strategi dakwah yang dijalankan di Mekah dan Madinah seperti:
- Pentadbiran Di Madinah Dan Pembahagian Sistem Wilayah Dalam Negara
- Pengurusan Urusan Diplomasi Dalam Negeri Dan Luar Negeri
- Pengurusan Kewangan, Ekonomi, Pertanian Dan Perindustrian
- Ketenteraan Dan Pertahanan Negara
- Kehakiman Dan Keadilan
- Tatacara Menangani Perlanggaran Hak Asasi Manusia
Ini dapat memberi dimensi baru terhadap pembacaan dan pentafsiran Sirah Nabawiyyah dan sejarah Islam menurut perspektif sistem pentadbiran moden. Kita dapat simpulkan bahawa Islam yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW telah memberikan impak yang besar dan menjadi contoh terhadap sistem pentadbiran dan pengurusan moden dengan menjadi asas pembinaan sistem yang wujud sekarang ini. Sekali gus ia telah menafikan bahawa Islam adalah agama kemunduran dan keganasan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak di Barat dan di dunia ini. Hayatilah isi kandungan buku ini, pasti para pembaca dapat merasai kemanisan Islam sebagai agama rahmat bagi seluruh alam, bukan sekadar untuk umat atau bangsa tertentu sahaja.