Price | RM23.00 |
Product SKU | 9789672158509 |
Brand | ABIM |
Reward Points | 23 |
Points Needed | 4600 |
Availability | Out Of Stock |
Imam al-Shafii (Siri Manaqib) - Kulit lembut
Pengarang: Ahmad Akram Mahmad Robbi
ISBN: 9789672158509
Tahun: 2019
Penerbit: ABIM
Bahasa: Malay
Bil Muka surat: 96
Berat: 182g
Imam Muhammad bin Idris atau lebih dikenali sebagai Imam al-Shafi'i adalah pengasas kepada mazhab fiqh yang pengamalannya sinonim dengan dunia Islam di Nusantara. Sumbangan Imam al-Shafi'i dalam dunia Islam tidak dapat dinafikan lagi. Beliau perintis kepada perbincangan Usul al-Hadith dan Usul al-Fiqh melalui magnum opusnya al-Risalah. Al-Risalah merupakan kitab yang membahaskan metode ijtihad Imam al-Shafi'i berinteraksi dengan teks-teks Shari'ah Islam yang terdiri daripada al-Kitab dan al-Sunnah. Perjuangan Imam al-Shafi'i menegakkan autoriti al-Sunnah sehingga beliau digelar sebagai Nasir al-Sunnah sewaktu hayatnya.
Selain daripada kesarjanaan beliau, beliau juga dikenali kerana sikap waraknya dan sabar terhadap ujian. Setinggi mana kedudukannya dalam masyarakat sewaktu hayatnya, tetap ada usaha-usaha musuh yang cuba menjatuhkannya. Namun, fitnah dan mihnah itu telah digantikan dengan nikmat yang lebih besar. Nikmat yang membawanya untuk menjadi mujtahid mutlak yang membawa kepada penubuhan Mazhab Shafi'i.