Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM55.00
Shaykh Abdullah Fahim: Ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dan Perjuangan Kebangsaan
Price RM55.00
Product SKU 9789672422068
Brand Akademi Jawi Malaysia
Reward Points 55
Points Needed 11000
Availability 9
Quantity
Description

Shaykh 'Abdu'llah Fahim: 'Ulama' Ahl al-Sunnah Wa Al-Jama'ah dan Perjuangan Kebangsaan - kulit lembut

Penulis: Muhammad Ayman al-'Akiti, Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli, Muhammad Amir Ashraf Rosdin
ISBN: 9789672422068
Tahun: 2020
Penerbit: Akademi Jawi Malaysia
Bahasa: Malay
Muka surat: 393
Berat: 645g

 

Ringkasan:

Karya ini mempersembahkan riwāyat perjuangan dan ke‘ilmuan ‘ālim besar bangsa Melayu, iaitu Shaykh ‘Abdu’Llāh bin Ibrāhīm al-Filfilānī al-Jāwī.

 

Riwāyat beliau ini akan diteliti bermula daripada jasa gurunya, Shaykh Wan Aḥmad al-Faṭānī yang bertanggungjawāb menyalakan perjuangan kebangsaan ‘Ālam Melayu dan pengaruh ṣaḥabat seperguruannya di Makkah, Kiyai Haji Hāshim ‘Ash‘arī yang mengasaskan pertubuhan terbesar Muslim di dunyā, Nahdlatul Ulama di Indonesia.

 

Pelbagai peristiwa bersejarah Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim sebagai Tuan Guru Tanah Melayu dan bagaimana beliau diruju‘ dalam pelbagai keputusan besar tanah air akan ditinjau dengan mendalam. Kerangka pemikiran beliau juga dibentangkan dan dibandingkan dengan prinsip-prinsip yang disepakati oleh ‘ulamā’ Ahli al-Sunnah wa al-Jamā‘ah.

 

Istimewanya karya ini menampilkan perūmīan bernota kaki:

• Waṣiyyat Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim kepada bangsa Melayu

• Khuṭbah al-Īqāẓ—Khuṭbah Penyedar dan Penggerak perjuangan kebangsaan, yang Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim karangkan untuk dibaca ke seluruh masjid di Tanah Melayu;

• Gubahan sha‘ir taqārīẓ dan kata pengantar Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim dalam pelbagai kitāb-kitāb ‘ulamā’ sezamānnya

• Risālah Ketetapan Majlis Mudhākarah ‘Ulamā’ Se-Malaya di Kepala Batas berserta taḥqīq dan ta‘līq, sebagai bukti bersejarah kedalaman ‘ilmu ‘ulamā’ Tanah Melayu dalam menyelesaikan 15 mas’alah khilafiyyah untuk menjaga persatuan bangsa Melayu yang mulai tergugat dengan kemasukan fahaman yang bercanggah dengan kesepakatan ‘ulamā’ Ahli al-Sunnah wa al-Jamā‘ah sepanjang zamān.

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More