Kindly be Informed that Malaysia will be having public holidays on Sept 9th and 16th. Delays in order fulfillment is expected. Thank you!
Free shipping for orders over RM200.00 within Peninsular Malaysia
RM55.00
Sharah Pohon Agama Sultan Ala u al-Din Sulayman Shah
Price RM55.00
Product SKU 9789671571637
Brand Akademi Jawi Malaysia-Klasika Media
Reward Points 55
Availability 2
Quantity
Description

Sharaḥ Pohon Agama, Sulṭān ‘Alā’u al-Dīn Sulaymān Shāh
oleh Ustadh Raja Ahmad Mukhlis
ISBN: 978-967-15716-3-7
284 + lvii muka surat
RM55.00

Petikan Pendahuluan oleh Tengku Maḥmud Zuhdī:

Adalah pada tahun Hijrah 1337 berbetulan pada tārīkh Masīḥī 1919, kami himpunkan kitāb Pohon Agama ini dan kami sediakan dia bagi kanak-kanak yang baharu belajar dan kami aturkan dia dengan perkataan yang mukhtaṣar supaya mendapat bagi mereka itu kesenangan belajar dan mudah ingat, kerana bahawasa kami lihat kanak-kanak apabila lepas mereka itu daripada tempat belajar ‘ilmu kepandaian itu, terlepaslah pula daripada mereka itu oleh perkara agama, dengan sebab ketiadaan menuntut mereka itu dan tiada pula ibu bapa mereka itu dan wālī mereka itu mengajarkan mereka itu dan tiada pula disuruhkan mereka itu dengan belajar.

Maka oleh sebab demikian itu, diadakan kitāb ini dan disediakan dia dalam tiap-tiap tempat pelajaran bagi jajahan Selangor supaya dapat bagi kanak-kanak sambil mengerti sedikit-sedikit daripada perkara agama di dalam belajar ‘ilmu kepandaian yang lain itu. Maka sayugianya bagi ibu bapa dan wālī kanak-kanak menyuruhkan mereka itu ke dalam tempat pelajaran dengan rajin belajar ‘ilmu membaca dan menulis serta bersungguh-sungguh menuntut perkara yang bergantung kepada agama yang mendapat dengan dia kemenangan mereka itu pada dunyā dan ākhirat adanya.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
HighlightsMore