Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM32.00
Shaikh Dalam Ilmu Tariqah
Price RM32.00
Product SKU 9789831840429
Points Needed 6400
Availability Out Of Stock
Description

Shaikh Dalam Ilmu Tariqah - Kulit lembut 

 

Penulis: Shaikh Dr. Hj. Jahid Bin Hj. Sidek Al-Khalidi
Penerbit: Al-Falah Publications
ISBN: 9789831840429
Tahun: 2015
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 463
Berat: 525g
 

Tariqah dalam Islam sama pengertiannya dengan al-ihsan, maksudnya bahawa kita beribadah kepada Allah seolah-olah kita melihatNya. Sekiranya kita tidak terasa melihatNya maka sesungguhnya Allah itu melihat kita. Tariqah itu adalah jalan yang degannya membolehkan seseorang mukmin mencapai sifah ihsan. Dikatakan bahawa syariat ialah memperhambakan diri kepada Allah makala tariqah adalah sentiasa menghadirkan Allah di hati sedangkan hakikat adalah kita saksikan Allah dengan mata hati.

 

Menurut Imam al-Ghazali, ilmu tariqah dan suluk itu dinamakan dengan ilmu Tasawuf. Ilmu ini juga dinamakan dengan ilmu makrifah, ilmu hakikat, ilmu al nafi', ilmu batin, ilmu kalbu, ilmu iman, ilmu khusyuk, ilmu yakin dan sebagainya. Ada beberapa prinsip ilmu Tariqah di antaranya, takwa kepada Allah, guru atau shaikh yang mengajar, bersungguh-sungguh menjalani perintah Allah, membekali diri dengan ilmu, beruzlah atau bersuluk, berjemaah, menjaga adab dan lain-lain.

 

Peranan Shaikh dalam ilmu Tariqah iaitu sebagai pewaris khazanah berbagai ilmu makrifah, iman, akhlak, sifat-sifat takwa, ilmu zahir dan batin yang pernah dimiliki oleh Rasulullah SAW. Menurut Ali bin Abi Thalib, ulama pewaris nabi itu sebagai orang alim yang benar-benar mengenali Allah dan takut kepadaNya, ajarannya sentiasa segar dalam hati manusia, sekalipun jasadnya telah lenyap di dalam tanah.

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More