Free shipping for orders over RM200.00 within Peninsular Malaysia
Kindly register an account with us before place an order by
RM15.00
Sejarah Intelektual: Konsep dan Skop
Price RM15.00
Product SKU 9789834605179
Brand Dewan Bahasa dan Pustaka
Reward Points 15
Points Needed 3000
Availability 4
Quantity
Description
Sejarah Intelektual: Konsep dan Skop - Kulit Lembut
 
Penulis: Muhd. Yusof Ibrahim
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834605179
Tahun: 2010
Bil. muka surat: 112
Berat: 245g
 
Sejarah intelektual boleh dianggap sebagai inti pati, semangat, malah roh sejarah itu sendiri. Sejarah ini menjadi bahagian yang sangat penting kerana sebagai roh sejarah, sejarah intelektual dianggap sebagai nadi kepada pergerakan masyarakat dan memberikan kesinambungan terhadap proses pergerakan itu. Jika ditiadakan maka hilanglah nadi serta kesinambungan dalam masyarakat yang berkenaan.
 
Sebagai suatu fenomena kesinambungan, sejarah intelektual akan terus hidup. Dengan kata lain, sejarah merupakan sesuatu yang berlaku secara berterusan dari zaman silam hingga kini dan seterusnya pada
masa yang akan datang. Sejarah intelektual bukan sahaja merupakan catatan masa lalu, tetapi berkaitan dengan minda manusia pada masa lalu. Bayangkanlah bagaimana tandusnya minda sesuatu bangsa yang tidak mempunyai khazanah intelektualnya sendiri ataupun yang diselaraskannya dari luar.
 
Kajian tentang sejarah intelektual memanglah tidak banyak ataupun tidak kerap dilakukan. Apatah lagi di Malaysia, belum ada sebuah karya sejarah yang sepenuhnya bersifat demikian, khususnya bagi bangsa Melayu. Sedangkan warisan ataupun khazanah persuratan yang boleh dijadikan sumber kajian dirasakan mencukupi. Barangkali masalahnya ialah kurangnya kefahaman tentangnya lantas menyebabkan kurangnya penulisan karya yang demikian. Adalah diharapkan karya yang kecil ini dapat membuka jalan serta membantu
ke arah penyelidikan dan seterusnya penghasilan karya sejarah intelektual.
Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More