Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM16.00
Sains, Teknologi Dan Globalisasi
Price RM16.00
Product SKU 983627698X
Brand Dewan Bahasa dan Pustaka
Reward Points 16
Points Needed 3200
Availability
Description

Sains, Teknologi Dan Globalisasi - Kulit lembut 

Penyelenggara: Yusof Othman
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 983627698X
Tahun: 2003
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil Muka surat: 107
Berat: 241g

Pada era globalisasi yang menjadikan ledakan sains dan teknologi dan kekuatan ekonomi sebagai dasar pembangunannya, manusia kelihatan lebih rakus dalam mendominasi dan mengeksploitasi alam sehingga melahirkan keanehan-keanehan baru dalam pembangunan mereka. Mereka berjaya menghasilkan teknologi maklumat dan komunikasi yang serba canggih, tetapi gagal menghasilkan insan yang mampu berkomunikasi dari segi sosialnya hatta dalam keluarga atau sesama jirannya. Mereka berjaya ke angkasa raya dan ke bulan dengan tepat dan jitunya, tetapi gagal untuk membina institusi keluarga dengan anak-anak yang mampu menghormati ibu bapanya, suami/isteri yang mampu menghormati isterinya/suaminya. Mereka berjaya menghasilkan orang-orang yang literasi dari segi sainsnya, tetapi tidak terdidik akhlak dan tingkah lakunya. Inilah hipokrasi insan dunia moden dalam sains dan teknologi canggih.

Ilmuwan sains Islam sewajarnya memiliki perspektif yang kental, kukuh, komprehensif dan konklusif dalam pegangan falsafah agamanya, sehingga mampu membuat kritikan terhadap penemuan-penemuan baru dalam kerangka dan falsafah Islam itu sendiri. Islam tidak pernah menolak pembangunan yang berteraskan kemampuan untuk mencerap fenomena alam, dan memanfaatkan alam ini sepenuhnya. Tetapi umat Islam amat khuatir pembangunan sains dan teknologi tanpa pembangunan insan seutuhnya akan melahirkan insan yang rakus yang akhirnya akan melakukan segala kedurjanaan di muka bumi ini sebagaimana yang pernah dilakukan oleh umat pada tamadun yang silam. Pembangunan insan itu perlulah dilakukan dalam usaha untuk melahirkan insan yang mempunyai falsafah dan tanggapan yang betul terhadap alam ini, dan mereka mempunyai kesedaran diri yang tinggi terhadap dirinya, Tuhannya, masyarakat dan alam ini seluruhnya. Semoga wacana ini menjadi pencetus utama ke arah melahirkan insan sains yang berperibadi mulia dan dihormati dalam menjana aktiviti sains dan teknologi. 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More