Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM35.00
Safwat Al-Zubad: Matan Asasi Fiqh Shafii
Price RM35.00
Product SKU 9789672485018
Brand Rihla Media
Reward Points 35
Points Needed 7000
Availability 3
Quantity
Description

SAFWAT AL-ZUBAD: Matan Asasi Fiqh Shāfi'i

 

Pengarang: Syeikh Ahmad ibn Raslān
Penterjemah: Rizky Febrian
Penyunting: Ibnu Abdil Barry
Tahun: 2021 (Cetakan Pertama)
ISBN: 978-967-2485-01-8
Bil. m.s.: xvi + 323 hlm.


Kitab Ṣafwat Zubad merupakan karya penting di dalam fiqh Syāfi‘ī yang telah ditulis oleh seorang tokoh berwibawa abad kesembilan, al-‘Allāmah al-Faqīh Syekh Aḥmad bin Ḥusayn bin Arsalān (atau Raslān)  al-Ramlī (wft. 844 H) - raḥimahuLlāh.



Karya ini disusun dengan nazam yang serasi, pemilihan kata yang teliti, serta dilengkapi dengan nasihat-nasihat yang membimbing akal dan hati. Nazamnya dengan jinas dan sajak, sehingga mudah difahami oleh orang yang bijak. Layak dihafal sebagai dalil, hujah yang kuat untuk dinukil.



Keutamaannya tidak dapat dinafi, manakala keunggulannya tidak dapat diingkari, bahkan disaksi oleh ramai ulama berwibawa sepanjang zaman berganti. Puluhan kitab syarah telah menjelaskan, ribuan kuliah telah diadakan, sebagai bukti keutamaan berzaman dan kewibawaan yang tidak tergantikan.



KELEBIHAN EDISI TERJEMAHAN

1. Matan Berharkat (berbaris).
2. Naskhah Kitab telah ditahqiq.
3. Terdapat maklumat perbezaan bacaan dan perkataan mengikut manuskrip yang berlainan.
4. Matan Arab disediakan pada bab berasingan, sesuai untuk kelas pengajian pondok.
5. Matan Arab beserta terjemahan disediakan, sesuai untuk pelajar yang tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam.
5. Font Arab lebih besar.
6. Jarak antara huruf-huruf atau antara baris huruf lebih luas.
7. Dilengkapi dengan penjelasan tambahan pada nota kaki.
8. Indeks disediakan untuk memudahkan pencarian topik tertentu.
9. Bahasa Melayu
10. Terbitan Malaysia

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More