Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM25.00
Terjemah Aqidat al-Awamm: Matan Asasi Ilmu Aqidah
Price RM25.00
Product SKU 9789671495087
Brand Rihla Media
Reward Points 25
Points Needed 5000
Availability 29
Quantity
Description

Terjemah ʿAqīdat al-ʿAwāmm: Matan Asasi Ilmu ʿAqīdah - Softcover

Author: Syeikh Aḥmad al-Marzūqī
Penterjemah: Rizky Febrian
Penyunting: Ibnu Abdil Barry
Penerbit: Rihla Media
Tahun: 2020 (Cetakan Pertama)
ISBN: 9789671495087
Bil. m.s.: xix + 110 hlm


Karya terjemah ini merujuk kepada kitab ʿAqīdat al-ʿAwāmm yang ditulis oleh Syeikh Aḥmad al-Marzūqī yang direkod di dalam karya syarahnya yang bertajuk Nūr al-Ẓalām Syarḥ Manẓūmat ʿAqīdat al-ʿAwām yang dikarang oleh Syekh Muḥammad bin ʿUmar al-Nawawī al-Jāwī al-Bantanī, diterbitkan pada tahun 1416 H/ 1996 cetakan yang pertama dan dicetak oleh Dar al-Hawi, Beirut. 


Kitāb ʿAqīdat ʿAwāmm adalah sebuah kitab matan tentang aqidah dan asas-asas penting dalam islam yang perlu diketahui oleh setiap orang mukallaf. Karya ini digubah oleh seorang ulama besar di zamannya, Syeikh Aḥmad bin Muḥammad bin Sayyid Ramaḍān al-Marzūqī al-Ḥasanī wa al-Ḥusaynī al-Mālikī al-Mīṣrī al-Makkī, atau yang lebih dikenali dengan Syeikh Aḥmad al-Marzūqī.


Kitāb ʿAqīdat ʿAwāmm dikarang oleh Syeikh Aḥmad al-Marzūqī. Beliau dilahirkan sekitar tahun 1205 H di Mesir. Pernah menjadi Mufti Mazhab Mālikī di Makkah al-Mukarramah pada tahun 1261 H, menggantikan Sayyid Muhammad pada tahun tersebut. Sayyid Aḥmad al-Marzūqī juga terkenal sebagai seorang Pujangga dan digelar dengan Abū l-Fawzī.


Matan kitab ʿAqīdat ʿAwāmm ini ditulis dengan bahasa yang mudah dan sederhana, sehingga para pembacanya lebih mudah memahaminya. Bait syair kitab ini 57 jumlahnya, dengan bahr rajaz nazamnya. Mudah diingat senang dibaca, tahun 1258 dikarangnya.


Penjelasan di dalam kitab ʿAqīdat ʿAwāmm amatlah ringkas, sehingga untuk orang awam menjadi mudah dan jelas. Perihal ketuhanan dan kenabian juga dijelaskan, termasuk nama-nama nabi dan rasul yang diutuskan, serta kitab dan ṣuḥuf yang diturunkan.


Untuk sesiapa yang ingin mengenali Nabi, karya ini juga sesuai untuk dikaji. Pengarangnya telah menyenaraikan keluarga Nabi; dari anak-anak hingga para isteri. Disebutkan juga umur Nabi ketika diamanahi, serta ketika kembali ke tempat abadi. 


kitab ʿAqīdat al-ʿAwāmm dapat dikategorikan sebagai permulaan dan pembukaan. Bahkan, karya ini juga merupakan kitab pertama dalam bidang akidah yang biasa dikaji dan diajarkan di pondok-pondok pesantren Nusantara sehingga kini. Karya ini juga ibarat pintu pembuka sebelum mempelajari ilmu akidah yang lebih tinggi. Setelah mempelajari karya ini, barulah para penuntut dibenarkan ke peringkat seterusnya.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More