Price | RM16.00 |
Product SKU | 9971774216 |
Brand | Pustaka Nasional |
Reward Points | 16 |
Points Needed | 3200 |
Availability | 5 |
Quantity |
|
Perbandingan Agama: Agama-Agama yang Terbesar di India- Kulit lembut
Pengarang: Ahmad Shalaby
ISBN: 9971774216
Penerbit: Pustaka Nasional
Bahasa: Melayu
Tahun: 2001
Bil. Muka surat: 167
Berat: 235 g
Untuk mengenal sesuatu bangsa lebih dekat lagi, kita perlu mempelajari liku-liku kebudayaannya dan cara hidup serta pemikiran bangsa itu. Oleh kerana agama merupakan suatu faktor terpenting dalam cabang kebudayaan sesuatu bangsa, maka pengkajian terhadapnya secara teliti amatlah diperlukan sekali.
Buku ini merupakan intisari dari agama-agama Hindu, Jaina dan Buddha. Walaupun sering juga kita dengar wujudnya kepercayaan-kepercayaan ini dalam kalangan manusia-manusia yang hidup di sekeliling kita, namun isinya dan tujuannya tak pernah kita kaji atau kita perinci secara mendalam.
Hidup dalam masyarakat berbilang bangsa seperti dalam negara kita ini memerlukan kita mempelajari sedikit sebanyak i'tikad dan kepercayaan bangsa-bangsa itu. Buku ini dijangka akan memberikan penerangan-penerangan yang diperlukan tentang agama-agama yang kita sebutkan di atas tadi secara ikhtisar tetapi lengkap dan bagi orang-orang yang mencari kebenaran dalam penyelidikan-penyelidikan agama-agama di dunia, buku ini dapat memberikan perbandingan-perbandingan yang diperlukan.