#dudukrumahbacabuku Campaign Offer | Flat Rate Shipping RM6.00 only (West Msia) for order 2kg and below | Free shipping (West Msia) min. purchase of RM120
Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM25.00
Prinsip Pemerintahan dan Kerajaan dalam Islam
Price RM25.00
Product SKU 9789674128838
Brand Penerbit UKM
Reward Points 25
Availability Out Of Stock
Promo Penerbit Pustaka 03 - Asad 2
Total:RM50.00
Combo Price:RM40.00
Save:RM10.00
Description

Prinsip Pemerintahan dan Kerajaan dalam Islam - Kulit lembut 

Penulis: Muhammad Asad
Penterjemah: Ahmad Yunus Mohd Noor & Ahmad Nabil Amir
Penerbit: Penerbit UKM
Tahun: 2019
Bahasa: Malaysia
Bil Muka surat: 116
Berat: 245g


Buku ini merupakan karya terjemahan dari karya asal Muhammad Asad The Principles of State and Government in Islam yang mengetengahkan pandangan dan falsafah dasar tentang kerangka dan prinsip asas negara Islam. Buku ini menggarap dan meninjau kemungkinan ideal yang diilhamkan oleh Muhammad Asad ini dapat direalisasikan dalam era kontemporari. Ia menjelaskan premis intelek bagi masa depan negara Islam yang digagaskan berserta huraian konsep dan ideologi Islam dalam konteks kenegaraan dan masyarakat majmuk serta membina semula kehidupan umat mengikut kerangka pemikiran Islam. Dalam karya terjemahan ini, penterjemah mendapati Muhammad Asad membahaskan persoalan-persoalan terminologi politik dalam Islam, dasar-dasar permuafakatan dan musyawarah dalam pentadbiran kerajaan, sumber-sumber kedaulatan negara, prinsip-prinsip ihktilaf (perbezaan pendapat), serta hubungan antara eksekutif dan legislatif dalam urus tadbir kedaulatan negara. Jika ditelusuri dari aspek historiografi, idea Muhammad Asad selari dengan zaman pemerintahan khulafa' al-Rasyidin, namun bentuk negara dan kerajaan yang wujud di negara-negara Islam selepas itu telah kucar-kacir bertitik tolak daripada penyimpangan ideologi dan kerangka undang-undang Islam yang tersasar. Muhammad Asad menggagaskan pendekatan shariah bagi merungkai ketegangan sosiopolitik dari pelbagai aliran politik kepartian yang rencam. Kaedah pentafsiran yang ideal terhadap hukum-hakam dan idea implementasi shariah berakar dari asas-asas nas dan qat'i dari sumber rujukan ilahi iaitu al-qur'an dan hadis. Buku ini menjadi keperluan bagi penuntut ilmu, politikus, ahli akademik dan masyarakat awam bagi membentuk pemahaman yang komprehensif terhadap prinsip pemerintahan dan kerajaan dalam Islam.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More