Price | RM40.00 |
Product SKU | 9789671084434 |
Brand | Taman Pustaka |
Reward Points | 40 |
Points Needed | 8000 |
Availability | Out Of Stock |
Description
Peranan Ulama dalam Kesultanan Terengganu - Kulit lembut
Penulis: Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Berhanudin Abdullah & Rohaizan Baru
Penerbit: Yayasan Diraja Sultan Mizan
ISBN: 9789671084434
Tahun: 2015
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil Muka surat: 158
Berat: 357g
Buku ini menjelaskan peranan ulama daripada zaman Batu Bersurat melalui zaman penubuhan kesultanan Terengganu lebih 300 tahun yang lalu sehingga ke hari ini. Dalam sejarah yang panjang ini terdapat kemunculan beberapa tokoh ulama tersohor yang memainkan peranan penting pada zaman masing-masing. Buku ini membicarakan perkembangan ilmu dan institusi agama, karya dan pengaruh ulama dalam masyarakat, karya-karya terpilih dan institusi mufti dalam kesultanan Terengganu. Buku inijuga memberi tumpuan kepada peranan ulama sebagai sarjana lslam yang menjadi pemelihara, penterjemah dan penyampai ajaran lslam kepada masyarakat di Terengganu. Turut dibicarakan peranan ulama dalam mendepani pelbagai cabaran baharu globalisasi pada abad ke-2'l ini. Buku ini sangat sesuai untuk tatapan ahli akademik, pentadbir, pelajar, para pengkaji, dan masyarakat awam yang ingin mengetahui penglibatan dan peranan ulama dalam kesultanan dan institusi sosial Terengganu. Diharapkan buku ini dapat mencetuskan ilham bagi memikirkan cabaran-cabaran baru umat lslam hari ini dan bagaimana para ulama dan cendekiawan lain boleh memainkan peranan mereka secara proaktif bagi menangani cabaran-cabaran tersebut demi kemajuan umat lslam dan negara.
Reviews (0)
view all
back
You Might Like These Too:More