Price | RM17.00 |
Product SKU | 9789830985459 |
Brand | Pustaka Ilmi |
Reward Points | 17 |
Points Needed | 3400 |
Availability | Out Of Stock |
Kerjasama Politik dalam Menegakkan Kerajaan Islam - Kulit Lembut
Pengarang: Munir Muhammad al-Ghadban
Penerbit: Pustaka Ilmi
ISBN: 9789830985459
Tahun: 2003
Bil Muka surat: 303
Berat: 360g
Mungkin akan ada orang bertanya: kenapa isu kerjasama politik ini menjadi perbincangan semasa? Lebih-lebih lagi pada penghujung kurun ini gerakan Islam menghadapi perbincangan semasanya iaitu mengenai perjuangan secara mendiri (al-Tamayyuz) dan terpisah daripada orang-orang bukan Islam (al-Mufasalah).
Mungkin juga apabila dilihat sepintas lalu terdapat pertentangan di antara kedua-dua tajuk tersebut. Adakah gerakan Islam sudah tergelincir daripada landasan perjuangannya yang betul sehingga sanggup menggadai prinsip al-Tamayyuz dan al-Mufasalahnya dengan mengadakan kerjasama politik?
Sesungguhnya gerakan Islam telah memulakan pemerintahan yang mempercayai Islam sebagai aqidah tetapi bercanggah dengannya dari segi tindakan. Justeru itu, aspirasi perjuangan Islam yang sesuai pada waktu itu ialah gerakam Islam mempamerkan kefahaman Islam yang menyeluruh (mutakamil) sebeagai aqidah, syariah dan sistem kehidupan.
Dengan kepercayaan kita betapa pentingnya tajuk ini, maka usaha yang tidak seberapa ini cuba menyentuh tentang kerjasama politik di dalam Islam melalui pembacaan sirah nabawiyyah dan sejauh mana ia boleh menjadi sandaran dan juga pembinaan dalaman bagi gerakan Islam untuk mendirikan negara Islam.