#dudukrumahbacabuku Campaign Offer | Flat Rate Shipping RM6.00 only (West Msia) for order 2kg and below | Free shipping (West Msia) min. purchase of RM120
Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM55.00
Idea-Idea Besar Ekonomi Politik Dunia
Price RM55.00
Product SKU 9789834923204
Brand Dewan Bahasa dan Pustaka
Reward Points 55
Points Needed 11000
Availability Out Of Stock
Description

Idea-Idea Besar Ekonomi Politik Dunia - Kulit lembut 

 

Penulis: Zulkifli Salleh
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun: 2019
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 494
Berat: 590g


Bermula dengan minat membaca buku yang mendalam dan kemudiannya berjinak-jinak atau mencuba-cuba menulis ulasan buku, akhirnya lahirlah sebuah buku seperti ini. Sebuah buku yang menunjukkan kegigihan penulis dengan segala kepayahan untuk cuba menerokai dunia idea yang cukup luas.


Diibaratkan sebagai sebuah spektrum, yang dari segi idea merangkumi kanan (konservatif), tengah (liberal), dan kiri (radikal), buku ini dikelompokkan kepada beberapa bahagian, iaitu "ekonomi", "krisis ekonomi", "politik", "globalisasi dan antarabangsa", "sistem dunia", dan "Malaysia".


Buku ini membahaskan idea para pemikir atau cendekiawan, antaranya termasuklah Karl Marx, Friedrich Engels, Nikolai Bukharin, Rosa Luxemburg, Eric Hobsbawm, Niall Ferguson, Edward Said, Michael Hardt, Antonio Negri, John Sanbonmatsu, Michael Mann, Ernesto Laclau, Robert Paxton, Naomi Klein, dan Michael Moore, David Harvey; ahli ekonomi, seperti John Kenneth Galbraith, Joseph Schumpeter, Hyman Minsky, Joseph Stiglitz, Paul Krugman, Nouriel Roubini, George Alkerlof, Robert Shiller, Thomas Piketty, Robet Skidelsky, George Soros, John Gray, John Cassidy, dan John Bellamy Foster; penggubal dasar, seperti Alan Greenspan dan Timothy Geithner; intelektual Amerika Syarikat yang cuba melakarkan peta dunia pasca-Perang Dingin, seperti Samuel Huntington, Francis Fukuyama, Robert Kaplan, dan Thomas Friedman; dan tiga orang pemikir "geng empat" yang dikelompokkan dalam sistem dunia, iaitu Samir Amin, Immanuel Wallerstein, dan Giovanni Arrighi. Tidak ketinggalan idea beberapa penulis atau sarjana tempatan.
 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More