#dudukrumahbacabuku Campaign Offer | Flat Rate Shipping RM6.00 only (West Msia) for order 2kg and below | Free shipping (West Msia) min. purchase of RM120
Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM52.00
Asas Teologi dan Falsafah Politik Muslim
Price RM52.00
Product SKU 9789674881184
Brand Penerbit UM
Size (L x W x H) 23 cm x 15.7 cm x 1.2 cm
Reward Points 52
Points Needed 10400
Availability 1
Quantity
Description

Asas Teologi dan Falsafah Politik Muslim

 

Author: Makmor Tumin
Publisher: Penerbit Universiti Malaya
ISBN: 978-967-488-118-4

Year: 2019
Language: Bahasa Melayu
Pages: xxiii, 194
Format: Paperback
Weight: 348 g


Descriptions:

 

Globalisasi dan faedah daripada perkembangan teknologi maklumat telah digunakan oleh pelbagai pihak bagi mengembangkan dan mengukuhkan pegangan agama dan ideologi dan ideologi politik masing-masing. Dalam situasi seumpama inilah pelbagai karya yang ditulis oleh ahli-ahli falsafah politik Islam banyak diketengahkan ke persada antarabangsa. Sungguhpun begitu, rata-rata tulisan yang ada hanya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab, dan ia tentunya menyukarkan kumpulan yang hanya mahir satu bahasa sahaja seperti bahasa Melayu, bahasa yang setidak-tidaknya masih menjadi lingua franca di Nusantara.

 

Buku ini mengangkat idea-idea falsafah politik Islam dari sudut pandangan beberapa tokoh cendekiawan Muslim yang merangkumi cendekiawan dari pelbagai aliran, kebanyakannya dari Ahlu Sunnah wal Jamaah dan beberapa dari aliran Syiah. Seramai 12 cendekiawan Islam diulas buah fikiran mereka masing-masing, bukan sahaja dari segi akidah dan teologinya, bahkan yang lebih khusus berkaitan dimensi politik atau siyasahnya.

 

Dua belas tokoh yang dimaksudkan ialah al-Farabi, Ibnu Sina, al-Mawardi, al-Ghazali, Ibnu Rusyd, al-Tusi, Ibnu Taymiyyah, Ibnu Khaldun, al-Majlisi, Shah Waliullah, al-Tunisi dan al-Fathani. Selain dari pertimbangan aliran akidah dan politik tokoh-tokoh cendekiawan yang dihuraikan dalam buku ini, pertimbangan dari segi lingkungan kuasa pemerintahan (yang mana tokoh-tokoh berkenaan, sama ada secara langsung atau tidak, mendapat naungan politik) juga diambil kira dalam buku ini. Lingkungan kuasa politik yang dimaksudkan di sini termasuklah semasa pemerintahan Bani Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah, Dinasti Safavid, Dinasti Mughal serta kuasa pemerintahan Kesultanan Melayu di Nusantara.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More