Like and Follow us on Facebook: Pelita Dhihin | Instagram: @pelitadhihin
Brands

Perkhabaran Agung (al-Naba' al-'Azim)

Perkhabaran Agung (al-Naba' al-'Azim)
Perkhabaran Agung (al-Naba' al-'Azim) Perkhabaran Agung (al-Naba' al-'Azim) Perkhabaran Agung (al-Naba' al-'Azim) Perkhabaran Agung (al-Naba' al-'Azim)
Brand: Maqasid Institute Malaysia
Product SKU: product-1514389137324
Reward Points: 48
Availability: 14
Price: RM48.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Perkhabaran Agung: Pembuktian Kebenaran al-Qur'an & Kaedah Baru Memahaminya  - Kulit lembut

Pengarang: Muhammad 'Abd Allah Diraz
Penerbit: Maqasid Institute Malaysia
Berat: 400g
Mukasurat: 348

Dari Marwan Bukhari (https://goo.gl/BnrGVZ)

Pemikir besar ini menulis dalam bahasa Arab dan Perancis khususnya dalam topik al-Quran (tafsir dan pemikiran al-Quran), falsafah moral dan isu-isu pemikiran Islam. Dalam banyak karangannya, terdapat empat buah yang paling menonjol iaitu Dustur al-Akhlaq fi al-Quran (La Morale du Koran, iaitu PhDnya di Universiti Sorbonne), al-Naba' al-'Azim, al-Din (buku sederhana tapi padat tentang sejarah agama) dan Madkhal Ila al-Quran al-Karim (Initiation du Koran - kajian sekunder beliau untuk PhDnya).

Buku al-Naba' al-'Azim dinobat sebagai antara yang penting khasnya pada abad ke-20. Menurut tokoh tafsir dan balaghah bumi Sham yang juga murid Diraz iaitu al-'Allamah Fadhl Hasan Abbas rahimahullah (1932-2011), Muhammad Diraz merupakan salah seorang tokoh penting dalam sumbangan terhadap ilmu al-Quran pada abad ke-20 dan buku al-Naba' al-'Azim ialah "antara buku terbaik dan paling mendalam dalam bab I'jaz al-Quran." (Lihat Fadhl Hasan Abbas, I'jaz al-Quran al-Karim).

Disebabkan kehebatan itulah, Shaykhul Balaghiyyin Muhammad Abu Musa menyatakan bahawa "tidak patut bagi penyelidik dan pengkaji dalam bidang tafsir untuk mengabaikan buku ini." (lihat lanjut di sini https://www.youtube.com/watch?v=yiibBoaw-wo)

Tokoh terkenal, al-'Allamah Yusuf al-Qaradawi (yang juga sempat berguru dengan Diraz) menggelarkannya sebagai "Ibn al-Azhar" dan Ibn "Sorbonne" kerana Diraz menuntut di kedua-dua universiti hebat itu dan memuji kehebatan karya Diraz ini. Muhammad Diraz juga meninggalkan kesan yang sangat besar terhadap ramai tokoh termasuk Sheikh Muhammad al-Ghazali rahimahullah (1917–1996), terutama bukunya al-Naba' al-'Azim (yang kami terbitkan terjemahannya ini). Malah, buku al-Naba' al-'Azim itulah antara faktor al-Ghazali menulis al-Tafsir al-Maudhu'i untuk seluruh al-Quran, kerana Diraz hanya mempraktikkan tafsir surah al-Baqarah (tafsir yang sangat indah!) di hujung al-Naba' al-'Azim itu.

Suatu yang tercatat dalam sejarah, Diraz mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Malik ben Nabi, pemikir Muslim dari Algeria yang unggul itu. Mereka bertemu dan berhubung dengan rapat khasnya semasa Diraz belajar di Sorbonne. Sesiapa yang membaca dan mengamati tulisan kedua-dua tokoh ini, pasti akan dapati beberapa persamaan, khasnya dalam bab al-Quran dan pembinaan peradaban kemanusiaan. Bahkan, salah satu buku penting tulisan Malik ben Nabi ialah al-Zahirah al-Quraniyyah (Quranic Phenomenon / Fenomena al-Quran) ada persamaan dengan buah fikiran Diraz, bahkan Diraz telah memberi kata pengantar untuk buku Malik ben Nabi itu.

Diraz sangat mencintai al-Quran dan memuliakannya, sehinggakan dicatat bahawa beliau sentiasa berwuduk dan menyuruh para pelajarnya berwuduk. Apabila membaca ayat sujud tilawah dalam kuliah atau syarahannya, beliau dan murid-muridnya akan sujud. Paling kurang, beliau membaca enam juzuk sehari secara konsisten. Sheikh Abu Zuhrah rahimahullah, temannya menyebut bahawa semasa seminar di Lahore Pakistan:

"Diraz mengimamkan kami solat Isyak, (usai solat) kami semua pergi ke tempat tidur masing-masing, tetapi Diraz bersama dengan solat dan al-Quran, kamu tidak akan lihat Diraz, melainkan dia sedang membaca al-Quran atau sedang solat."

Semoga Allah merahmati al-Allamah Muhammad Abdullah Diraz; failasuf al-Quran, pembaharu zaman.

[Untuk lanjut tentang Muhammad Abdullah Diraz, lihat tulisan saya bertajuk "Muhammad Abdullah Diraz, Riwayat Hidup dan Pengenalan Asas Pemikiran" dalam JAWHAR (Jurnal Kajian Ketamadunan) jilid 13 (tahun 2016).]

Write a review

Your Name:

Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:

Request this product

Please enter your e-mail address below to be notified when this product comes back in stock. We will not share, rent, sell or use this e-mail address for any other purpose other than to tell you when the product is back in stock.

Copyright © 2018 Pelita Dhihin. All rights reserved.eCommerce by SiteGiant