Price | RM25.00 |
Product SKU | 9789832636618 |
Brand | IKIM |
Reward Points | 25 |
Points Needed | 5000 |
Availability | 5 |
Quantity |
|
Pluralisme Agama: Satu Penelitian Islami - Kulit Lembut
Pengarang: Mohd Farid Mohd Shahran (Penyunting)
Penerbit: IKIM
ISBN: 978-983-2636-61-8
Tahun: 2014
Bil Muka surat: 25
Berat: 265g
Pluralisme Agama adalah aliran pemikiran yang berpegang kepada falsafah semua tradisi keagamaan adalah setaraf dalam merujuk kepada hakikat mutlak yang satu serta semua agama adalah sama dalam menawarkan jalan kepada keselamatan. Fahaman ini berpegang kepada semua agama mempunyai pengalaman yang terhad dan boleh berubah mengenai hakikat ketuhanan.
Falsafah pluralisme agama ini tidak sahaja mengiktiraf kewujudan pelbagai agama dan ianya turut membenarkan bahawa semua agama adalah sama malah lebih jauh lagi iaitu kecenderungan mengandaikan bahawa tiada ajaran agama yang benar-benar mengetahui kebenaran masing-masing secara mutlak.
Buku ini merupakan respon ilmuwan Muslim terhadap fahaman pluralisme agama ini dari pelbagai dimensi ilmu. Diharapkan ia boleh dijadikan panduan umat Islam dalam menghadapi golongan yang berpegang dengan aliran pluralisme ini.