Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM13.50 RM15.00
Pemikiran Islam Klasik: Pengaruh Falsafah Yunani dan Kebangkitan Gerakan Tajdid
End In :
Price RM13.50 RM15.00
Product SKU 9830995887
Brand Al-Hidayah Publication
Reward Points 15
Points Needed 3000
Availability Out Of Stock
Description

Pemikiran Islam Klasik: Pengaruh Falsafah Yunani dan Kebangkitan Gerakan Tajdid - Kulit Lembut

Pengarang: Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
ISBN: 9830995887
Tahun: 2004
Bil Muka surat: 175
Berat: 233g


Sesungguhnya apa yang dikatakan sebagai umat Islam yang ideal atau masyarakat madani itu tiada lain melainkan umat yang sentiasa berdamping dan menjadikan kedua sumber asasi iaitu al-Quran dan Sunnah Nabi Saw. sebagai peraturan hidup yang murni. Kenyataan ini nampak pada generasi pertama hasil didikan Rasulullah Saw sehinggalah pada zaman Khulafa' al Rasyidin.

Kemudian kemurnian itu mulai tercemar apabila pemikiran falsafah Yunani telah masuk melenakan kehidupan umat Islam, iaitu pada saat kekhalifahan Bani Umayyah berkuasa. Lebih parah lagi, tenaga serta biaya secara besar-besaran juga dikerahkan bagi usaha penterjemahan falsafah asing untuk dihidangkan kepada umat Islam sepertimana yang dilakukan oleh para khalifah Bani Abbasiah.

Buku di hadapan pembaca ini ditulis oleh Abdul Rahman Hj. Abdullah, Ph. D. beliau telah menghuraikan secara menyeluruh mengenai pengaruh falsafah Yunani serta kesannya terhadap pemikiran Islam klasik sehingga bangkitnya gerakan tajdid (pembaharuan) yang dipelopori oleh para ulama Islam yang tersohor.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More