Price | RM35.00 |
Product SKU | 9789671946541 |
Brand | Kafilah Buku |
Reward Points | 35 |
Points Needed | 7000 |
Availability | 12 |
Quantity |
|
Pemikiran Islam Jawa: Studi kritis seputar metode dakwah Wali Songo dan Mistik Islam Kejawen
Pengarang: Abdul Rahman Hj. Abdullah
Penerbit: Kafilah Buku Sdn Bhd
Tahun: 2022
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 226
Berat: 450 gram
Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah bahawa penyebaran Islam di Alam Melayu - khususnya di Jawa - berlaku melalui usaha dakwah dan tarbiah, bukannya melalui kekerasan dan peperangan. Hakikat ini terbukti jelas dalam sejarah penyebaran Islam di Jawa, apabila golongan pendakwah yang lebih dikenali sebagai 'Wali Songo' berjaya mengislamkan masyarakat Jawa yang berasal daripada mereka yang memeluk agama Hindu-Buddha. Oleh itu, sejarah Islam di Jawa sangat berkait rapat dengan peranan Wali Songo (Sembilan) yang tersohor itu.
Buku ini membahaskan tentang sejarah pemikiran Islam Jawa, khususnya tentang metode dakwah dan mistik Islam di Pulau Jawa, iaitu metode dakwah yang dilakukan oleh para tokoh Wali Songo tersebut. Dalam usaha ke arah memahami perkembangan pemikiran Islam di Jawa, tentunya terdapat banyak persoalan penting yang perlu dijawab. Siapa sahaja tokoh yang termasuk dalam kalangan Wali Songo? Adakah Wali Songo itu nama sebuah organisasi, dewan dakwah, atau dewan ulama dan yang seumpamanya? Mengapa kisah Wali Songo selalu dikaitkan dengan keramat dan kesaktian tertentu? Adakah Wali Songo meninggalkan karya penulisan yang dapat dikaji dan dibaca? Adakah