Free shipping for orders over RM200.00 within Peninsular Malaysia
Kindly register an account with us before place an order by
RM20.00
Patriotisme dan Ketatanegaraan
Price RM20.00
Product SKU 9789834148270
Brand Local
Reward Points 20
Availability 8
Quantity
Description
Patriotisme dan Ketatanegaraan - Kulit lembut 
 
Pengarang: Wan Mohd Nor Wan Daud/Tatiana Denisova/Khalif Muammar A. Harris
Penerbit: Akademi Kenegaraan BTN
ISBN:  9789834148270
Tahun: 2015
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 125
Berat: 246g
 
Patriotisme yang berunsur Islam
 
Sejak kurun ke 13 konsep patriotisme  Melayu dipengaruhi oleh Islam dan mengandungi banyak unsur Islam. Historiografi Melayu Islam mencerminkan transformasi kefahaman berunsur etnik dan kesetianegaraan kepada konsep persaudaraan dan ketaatan kepada agama dan ummat Islam.
 
Dalam Hikayat Raja Pasai, Malik as-Saleh mengingatkan kepada anak cucunya:
 
              Hai anakku, karna dunia ini negeri yang fana' tiada akan kekal adanya, dan akhirat juga negri yang
              baka ... (HRP 70-71(33-34))
 
Dalam teks Sejarah Melayu bendahara paduka raja memberi nasihat yang sama kepada anak cucunya:
 
             Syahdan yang hidup sahaja akan mati kesudahan. Hendak lah kamu tuluskan hatimu pada
             berbuat kebaktian pada Allah SWT dan akan Rasulullah SAW, dan berbuat kebaktian akan raja dan
             jangan kamu kelupai pada segala hukuman bahawa raja-raja yang adil itu dengan Nabi Allah upama
             dua permata pada sebentuk cincin. Lagi pun yang raja itu upama ganti Allah. Apabila berbuat kebaktian
             akan Nabi Allah serasa berbuat kebaktian akan Allah seperti firman Allah Ta'ala di dalam Qur'a
              "Berbuat baktilah kamu akan Allah dan akan Rasulullah. Ini wasiatku kepada kamu semua.
              (SM 116(143-144))
Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More