Price | RM35.00 |
Product SKU | 9789679428070 |
Brand | Penerbit UKM |
Reward Points | 35 |
Points Needed | 7000 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Negara-Bangsa: Proses dan Perbahasan - Kulit lembut
Pengarang: Abdul Rahman Embong
Penerbit: Penerbit UKM
ISBN: 9789679428070
Tahun: 2015
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 180
Berat: 300g
Buku Negara-bangsa: Proses dan Perbahasan adalah usaha awal Abdul Rahman Embong yang sederhana untuk mengkonsepsikan persoalan negara-bangsa dan pembinaan bangsa atau nasion dengan tumpuan kepada pengalaman masyarakat dan negara Malaysia. Sejak diterbitkannya buat kali pertama pada tahun 2000, buku ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan di kalangan pelajar. sarjana, pengulas politik dan lain-lain. Selain digunakan di universiti sebagai teks rujukan, ia juga digunakan oleh sesetengah agensi kerajaan dalam program latihan mereka.
Kepada sesetengah pengulas politik dan penggerak budaya, buku ini mungkin menarik perhatian kerana beberapa hujah di dalamnya mengundang polemik tertentu. Beberapa bab di dalamnya juga telah diterjemahkan ke bahasa Mandarin dan disiarkan secara bersiri di akhbar Nanyang Siang Pau pada tahun 2002. Sesetengah pandangan dalam buku ini pula pernah didebatkan dalam blog di internet dan diulas dalam kertas seminar.