Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM3.00
Risalah Bahasa Jawi
1 reviews
Price RM3.00
Product SKU AJM 005
Brand Akademi Jawi Malaysia
Reward Points 3
Points Needed 600
Availability 7
Quantity
10 or more RM2.50
30 or more RM2.17
50 or more RM2.00
Description

SERUAN UNTUK PUTERA PUTERI PERTIWI!
SEBARKAN RISALAH BAHASA JAWI!

Berwarna
Saiz A6 (10.5 cm x 14.8 cm)
Artcard 260gsm

 

Masalah
--------
Pengetahuan mengenai ‘ilmu bahasa Jawi amatlah menyedihkan.

Masih ramai yang tidak tahu bahasa Jawi kita ialah salah satu daripada 5 bahasa Islam yang terbesar.

Tidak ramai yang tahu bahawa bahasa Jawi kita bergalur dengan lisan sefasih-fasih insan, junjungan besar kita, Nabi Muḥammad صلى الله عليه وسلم dan kalam Allah, ya‘ni al-Qur'an.

Hampir semua orang salah sangka bahawa bahasa Jawi ialah seqadar tulisan semata-mata! Sedangkan ia adalah sebuah bahasa.

Aqibatnya, bahasa Jawi semakin hari semakin dilupakan daripada kesedaran kita dan hanya terpinggir menjadi kitab-kitab buruk dan aneh.

 

Jalan Penyelesaian
-------------------
Tahukah anda, antara kandungan asasi ‘Ilmu Bahasa Jawi ialah:

• ‘Ilmu Huruf ‘Arab-Melayu
• Cara Ejaan Bahasa Jawi
• Galuran Sejarah Bahasa Jawi
• ‘Ilmuwan Utama Bahasa Jawi

Namun, di manakah kita boleh mempelajarinya?

Tiada jalan lain untuk menyelesaikan masalah kebutaan bahasa Jawi ini dengan kita sendiri berusaha mengetahui dan mempelajari serta menyebarkan ‘Ilmu Bahasa Jawi.

Seruan
-------

 

Tuan-puan, putera puteri Jawi diseru untuk menjadi salah seorang penyambung antara kita dengan pusaka ‘ilmuwan besar kita.

Tanpa bantuan saudara sekalian yang tinggal di saujana ‘Alam Melayu dan di seluruh perbatasan dunya, dikhuwatiri ‘Ilmu Bahasa Jawi akan perlahan-lahan luput dari fikiran dan kita menjadi anak bangsa yang terputus dari akar sejarahnya.

Risalah Bahasa Jawi
--------------------

 

Oleh itu, Akademi Jawi Malaysia telah menyediakan sebuah Risalah yang menghimpunkan padanya intisari ‘Ilmu Bahasa Jawi.

Kami juga telah mencetaknya dalam 8 muka surat, besar A6, pada kad kalis air yang dilaminasi.

• Mudah dibawa dan diedarkan.
• Mudah dijadikan bahan perbincangan dan perbahathan.
• Mudah diserahkan dan disebarkan.
• Mudah dijadikan hadiah penuh berma‘na.

 

Kami pohon jasa baik tuan-puan sekalian untuk menyebarkan risalah ini ke semua capaian anda - yang sama-sama perlu mengambil tahu tentang ‘Ilmu Bahasa Jawi.

Reviews (1)
view all
back
5
1 reviews
You Might Like These Too:More