Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM20.00
Replika Peta Pancaran Cahaya al-Quran al-Karim ke Seluruh Alam
Price RM20.00
Product SKU PAJM01
Brand Akademi Jawi Malaysia
Reward Points 20
Points Needed 4000
Availability 2
Quantity
Description

Sila pilih Courier Express/self pickup sebagai kaedah penghantaran. Pesanan anda akan dibatalkan jika pilih pos ekonomi Flexiprepaid.


Replika Peta Pancaran Cahaya al-Qur'ān al-Karīm ke Seluruh ‘Ālam

Saiz cetakan : 18.5 x 25 inci
Artcard 210gsm
Beserta dengan Kotak
Terbitan: Akademi Jawi Malaysia

 

Ma’lumat Peta:
Peta ini diterbitkan bersekali dalam Tafsīr ‘Abdu'Llāh ‘Abbās Nasution (1912-1987), tafsīr seorang ‘ālim dari Kedah Dār al-Āmān. Beliau ialah mudir kepada pondok Ma‘had Iḥyā al-‘Ulūm al-Dīniyyah di Tanjung Pauh, Jitra, Kedah.

 

Keistimewaan peta ini

 

• Keseluruhan peta ialah dalam tulisan Jāwī dan dicetak dengan warna.
• Bendera-bendera negara Islam dan negeri-negeri yang banyak diduduki oleh ummat Islam
- lihat juga bendera negeri-negeri Melayu, bendera negara Malaysia dan Indonesia, bendera asal Singapura, dan juga bendera UMNO dan PAS yang hampir serupa.
• Peta Kecil Sejarah perkembangan Islām di Kepulauan Melayu Raya berserta tarikh.
• Peta Kecil Negeri-negeri Islām di India
• Peta Kecil Negara Islām di Timur Tengah.
• Peta Kecil Julung-julung Negara Islām yang Berjalan di dalamnya Ḥukūm-ḥukūm Allāh.
• Taburan penduduk Islam di benua Asia, Afrika dan Eropah pada tahun 1960-an yang ditanda kepadatannya dengan warna merah.

 

Salah satu petikan yang menarik di peta ini tertulis:

 

Seruan dan Naṣīḥat:
Baca dan ambil faham, kemudian ajarkan tujuan-tujuan dan ḥukūm-ḥukūm di dalam Tafsīr ini kepada orang ramai hingga mereka faham ideoloji Islām untuk membasmi ajaran-ajaran Kristian dan mencegah fahaman dan da‘āyah Komunis dan propaganda bencikan perkembangan dasar ugama Islām ..... meracun jiwa orang-orang Melayu dan Islām.

 

Peta Nadir Bahasa Jawi Bersejarah yang Wajar Dimiliki

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More