Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM98.00
Oximel Set Besar (330g + Buku)
Price RM98.00
Product SKU MOBH-SET3
Brand Miscellaneous
Reward Points 98
Points Needed 19600
Availability Out Of Stock
Description

Minuman Botani Oximel: Reformulasi Remedi 1000 tahun
Keluaran: Baytul Hikma
Unit: 1x botol 330g, 1x buku
Elok diminum sebelum: 1 Ogos 2019
Harga asal: RM105.00 RM98.00 (Penjimatan RM7.00)

Buatan Malaysia | Kualiti Premium | 100% Organik dan asli

Cara pengambilan:
Kanak-kanak: 1 sudu kecil, 1x sehari | Dewasa: 2 sudu besar, 2x sehari | Goncang sebelum guna

====================================================================================

SINOPSIS BUKU

Oximel merupakan terjemahan karya Ibnu Sina yang berjudul Risālah fī al-Sakanjabīn. Terjemahan ini dibuat dengan merujuk kepada dua teks. Pertamanya ialah salinan manuskrip oleh Jāmi‘at al-Duwal al-‘Arabiyyah daripada Maktabat Aḥmad III di Istanbul, dengan nombor siri 2119. Keduanya ialah suntingan empat manuskrip oleh Manuela Marín dan David Waines dengan judul “Ibn Sīnā on Sakanjabīn”, yang mana suntingan ini dimuatkan dalam Bulletin d’Études Orientales dan diterbitkan pada tahun 1995.

Turut dimuatkan ialah pengenalan mengenai sistem Perubatan Ibnu Sina (PERSINA) bagi memahami sistem perubatan klasika Arab-Yunani.

=====================================================================================

Oximel ialah satu ramuan kesihatan yang sudah diamalkan sejak ribuan tahun yang lampau. Oximel telah digunakan oleh tamadun-tamadun terdahulu sebelum kedatangan Islam. Apabila tamadun Islam berkembang, tokoh-tokoh perubatan yang beragama Islam meneruskan kajian terhadap Oximel. Oximel digunakan secara meluas pada zaman itu untuk merawat pelbagai penyakit dan digunakan juga untuk mencegah penyakit.

Kini, Baytul Hikma meneruskan kesinambungan ramuan ini dengan menghasilkan semula Oximel. Bahan-bahan dalam Oximel ini bersifat natural dan organik bagi menjaga kualitinya serta keberkesanannya. Tiada sebarang pengawet, perisa dan pewarna dimasukkan ke dalam Oximel keluaran Baytul Hikma.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More