Price | RM47.00 |
Product SKU | 9789671815632 |
Brand | Rafely Rahmat |
Size (L x W x H) | 22 cm x 15 cm x 2 cm |
Reward Points | 47 |
Points Needed | 9400 |
Availability | 12 |
Quantity |
|
Dari Melaka ke Cotabato: Perang Melaka-Portugis 1511
Pengarang: Rafe Rahmat
Penerbit: Rafely Rahmat
Tahun: 2021 (Cetakan Pertama)
Format: Kulit keras
ISBN: 978-967-18156-3-2
Mukasurat: 327
Sebuah buku yang tidak bias dalam mengulas Perang Melaka-Portugis pada tahun 1511. Penulis memberikan kredit kepada Portugis dan Kesultanan Melaka di mana mereka layak diberikan pujian dan juga mengenalpasti akan kelemahan kedua-dua pihak.
Kedua-dua pihak membariskan meriam dan istinggar yang dianggap senjata tercanggih pada awal kurun ke-16 tersebut, tetapi kedua-dua persenjataan tersebut sebenarnya masih mempunyai banyak kelemahan selepas diperkenalkan pada kurun sebelumnya. Portugis bagaimanapun menggunakan kelebihan taktikal bagi mengatasi kerumitan pengendalian meriam dan istinggar ini. Tiada ada meriam besar Portugis dibawa ke daratan oleh itu bagaimana Portugis menggunakan meriam-meriam mereka?
Hulubalang dan perajurit Melaka mengimbangi kelemahan meriam dan istinggar dengan penggunaan senjata tradisional jarak jauh seperti panah-panah dan sumpitan beracun yang berkesan kerana telah menimpakan kasualti yang tinggi kepada pihak Portugis. Mereka juga menggunakan taktik perang gerila dengan baik seperti memasang ranjau beracun dan jerangkap samar letupan yang dibuat dari serbuk-serbuk bedil.
Kehebatan gajah-gajah perang Asia dijinakkan oleh lembing "pike" dan gagal memecahkan formasi taktikal "pike square" soldadu Portugis. Inilah kali pertama taktikal Barat ini bertembung dengan taktikal perang orang Timur. Kita lihat bagaimana Portugis menganalisa titik lemah pertahanan Kesultanan Melaka dan menawan satu persatu dengan strategi "defeat in detail" yang memanfaatkan ketumbukan soldadu yang kecil berhadapan angkatan perang Melaka yang jauh lebih besar. Ketiadaan armada Melaka menghalang kita menyaksikan pertempuran laut yang sengit di laut. Tetapi ke manakah armada laut kesultanan Melaka itu?
Angkatan perang Melaka tidak lemah, malah menurut catatan Portugis mereka sangat berani dan berjuang bermati-matian. Tetapi peperangan boleh dimenangi oleh pasukan yang lebih kecil jika tahu mengeksploitasi kelemahan musuh serta menggunakan taktik dan strategi yang bersesuaian.