Price | RM48.00 |
Product SKU | 9789670149493 |
Brand | IBFIM |
Reward Points | 48 |
Points Needed | 9600 |
Availability | 4 |
Quantity |
|
Ma'na Kebahagiaan Dan Pengalamannya Dalam Islam - Kulit Lembut
Syed Muhammad Naquib al-Attas (Pengarang) / Muhammad Zainiy Uthman (Penterjemah)
Penerbit: Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM)
Tahun: 2014
Halaman: lix + 64
Berat: 229 gram
Monograf ini membicarakan mengenai faham kebahagiaan dalam Islam yang diterbitkan dari makna istilah sa‘ādah. Menerut pengarang, faham kebahagiaan boleh dicapai dengan memahami terlebih dahulu lawan kepada sa‘ādah iaitu shaqāwah (kecelakaan) yang mana pengarang membuktikan shaqāwah ini telah pun tersemat dalam apa yang digelar sebagai ‘Tragedy’ dalam tradisi kesusasteraan Barat. Berbeza dengan tragedy, makna kebahagiaan dalam Islam didasari oleh iman, amal soleh, kesejahteraan, dan pensabitan kepada Yang Haqq. Pengarang juga menerangkan bahawa erti sebenar kebebasan (freedom) itu harus didasari dengan faham ikhtiyār yang diterbitkan dari perkataan khayr yang membawa maksud ‘kebaikan’ yang mangandung maksud pilihan yang baik, berbanding pilihan yang bebas yang digerakkan oleh kejahilan dan dorongan hawa nafsu yang mengarah kepada sifat-sifat mazmumah yang berpunca dari kuasa hayawani.
Buku ini diterjemahkan untuk membolehkan para pembaca Bahasa Melayu menikmati perbincangan mawdu' yang amat penting ini. Sebahagian besar dari isi kandungan buku ini telah dibendantkan oleh pengarang dalam satu simposium membicarakan The State of Happiness yang telah dianjurkan oleh International Institute for Advanced Studies yang berpusat di Kyoto, Jepun pada 29-31 Mac 1993.
KANDUNGAN
BAHAGIAN PERTAMA
Penghargaan
Latarbelakang Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas
Pengenalan kepada terjemahan
BAHAGIAN KEDUA
Ma'na Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam
Rujukan
Daftar Kata Istilah
Latarbelakang Penterjemah