Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM36.00 RM40.00
Makna dan Pemikiran Al-Kasb Menurut Imam Al-Shaybani
End In :
Price RM36.00 RM40.00
Product SKU 9789671495094
Brand Halaqah Muamalah
Reward Points 40
Points Needed 8000
Availability 7
Quantity
Description

MAKNA DAN PEMIKIRAN AL-KASB MENURUT IMĀM AL-SHAYBĀNĪ

 

Author: Muhammad Hanif Al Hakim
Introduction: Prof. Madya Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah (RZS-CASIS)
Editor: Rizky Febrian
Publisher: Halaqah Muamalah-Rihla Media
Year: 2020 (Cetakan Pertama)
ISBN: 9789671495094
Pages: xxxiii+154 hlm

 

Berdasarkan karya Imām al-Shaybānī Kitāb al-Kasb yang menjadi asas kajian ini, dapat dilihat bagaimana Imām al-Shaybānī (w.189H), yang merupakan seorang ahli fiqh dan juga hadis, yang hidup dalam lingkungan 3 kurun terawal Islam, masih belum terkesan dengan gejala yang dinyatakan di atas. Persoalan pokok karya ini, yang umumnya kini dikaitkan dengan aktiviti perekonomian, tidak disempitkan hanya dalam lingkungan Fiqh Mu‘amalat semata-mata, apatah lagi dalam konteks perkembangan di mana bidang ini kini boleh dikatakan sudah dieksploitasi demi mengesahkan apa yang sedia diamal-laksanakan dalam sistem ekonomi kapitalis Barat. Seseorang yang membaca kitab tersebut, dan juga kupasannya dalam buku ini, akan dapati bahawa aktiviti perekonomian, yang merupakan satu bahagian daripada satu per enam daripada maksud-maksud utama al-Qur’an sebagaimana di atas, diberikan ruang yang selayaknya. Ia tidak dibesar-besarkan melebihi apa yang sepatutnya, dan dalam masa yang sama ia juga tidak dipisahkan daripada maksud-maksud lain yang lebih utama. Bahkan, pemahaman berkenaan aktiviti perekonomian yang disarankan di sini lebih bersifat pelengkap kepada misi mencapai maksud-maksud yang lain itu, pelengkap di antara keperluan dunia dan persediaan ke akhirat. Ini bermakna, ‘kefaqihan’ Imām al-Shaybānī masih merujuk kepada makna asal ‘faqih tentang agama’, tidak memisah-misahkan apa yang dikaitkan sebagai maksud utama al-Qur’an, tidak menyempitkan perbahasan perekonomian hanya dalam lingkungan perbahasan Fiqh Mu‘amalat semata-mata. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kupasan aspek tertentu pemikiran al-Shaybānī dalam buku ini boleh dikaitkan dengan perbincangan berkenaan falsafah, motivasi dan pembangunan kerjaya dalam Islam, bahkan psikologi kerjaya dan mencari kehidupan yang berasaskan faham zuhud yang seimbang. Tegasnya, buku ini boleh membuka dimensi berbeza berbanding perbincangan yang umumnya diperkatakan kini berkaitan aktiviti perekonomian amnya dan kerjaya khasnya.

 

Profesor Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah
Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS)
Universiti Teknologi Malaysia
Kuala Lumpur

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More