Like and Follow us on Facebook: Pelita Dhihin | Instagram: @pelitadhihin
Brands

Majalah Qalam, bil. 89: Kongres Kebudayaan Melayu

Majalah Qalam, bil. 89: Kongres Kebudayaan Melayu
Majalah Qalam, bil. 89: Kongres Kebudayaan Melayu
Brand: Akademi Jawi Malaysia-Klasika Media
Product SKU: 978-967-0627-55-7
Reward Points: 100
Availability: 20
Price: RM100.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Terdapat beberapa perkara yang menarik telah berlaku beberapa ketika itu dan ianya telah mendapat liputan majalah Qalam. Menerusi ruangan editorial Qalam, perbincangan secara serius di peringkat membuat dasar telah berlaku - supaya pelajaran agama diwajibkan di sekolah-sekolah umum kerajaan termasuklah pelajaran Jawi. Bersangkutan perihal ini, penerbit-penerbit buku dipelawa untuk mencadangkan penerbitan yang sesuai dengan pedagogi pelajaran agama. Keduanya, Dari Sebulan ke Sebulan melaporkan pengharaman majalah Qalam di Sumatera Utara, Indonesia kerana semangat anti-agama yang menebal di sana, sedangkan majalah Qalam, apa yang disiarkan bertepatan dengan ajaran agama Islam yang benar. Aminuddin Baki mewakili guru-guru Melayu Perak menuntut Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu supaya buku-buku di bawah tajuk Buku Pelajaran Kebangsaan tidak sesuai dengan Bahasa Melayu dan merupakan alat penjajah semata-mata. Sementara itu, liputan mengenai Kongres Kebudayaan Melayu bertajuk Kongres Kebudayaan Melayu Termaktub Sejarahnya Di Melaka: Seri Paduka Yang Dipertuan Agong Tanah Melayu Menjadi Penaungnya telah disiarkan oleh Qalam. Kongres ini yang pertama kali akan diadakan di Melaka selama empat hari, mulai dari 30 Disember hingga 2 Januari 1958 akan membincangkan dasar-dasar yang utama berkenaan kebudayaan. Antaranya termasuklah; mengkaji kebudayaan Melayu yang lama dan sedia ada serta perkembangan yang akan datang. Yang kedua, untuk bersepakat mencari teras kebudayaan kebangsaan. Majalah Qalam jelas serius dalam hal mengangkat intelektual masyarakat dengan menyiarkan kisah Hayy Bin Yaqzan dan penulisnya Ibnu Tufayl dalam ruangan Kebudayaan Islam. Penulis telah mengangkat tema falsafah dan orang awam – bagaimana ikhtiyar Ibnu Tufayl menggarap cerita hikmah Hayy Bin Yaqzan sehingga akhirnya falsafah memasuki alam fikiran masyarakat awam yang sesuai, berkadaran dengan cara dan tingkatan akal mereka. Tambahan daripada ini, karangan Ke Arah Iktisad Yang Dikehendaki Islam membahaskan dengan terperinci tentang masalah ekonomi yang membelenggu masyarakat Islam kerana tidak jelas dasar-dasar iktisad yang benar menurut Islam, lalu membuat huraian yang baik berkenaan dengannya dan menjelaskan kekeliruan yang terkandung dalam faham ekonomi barat seperti kapitalisme, sosialisme dan komunisme. Berdasarkan intipati yang terkandung dalam majalah ini, kita harus sedar, generasi Melayu yang awal daripada kita sudah menyediakan perbahasan yang cukup baik dan teliti dalam pelbagai isu yang berlaku dahulu. Sewajarnya kita perlu membaca dan memahami konteks intipati tersebut supaya dapat dijadikan panduan dalam mendepani masalah yang timbul dewasa ini.



Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



Related Product
Copyright © 2018 Pelita Dhihin. All rights reserved.eCommerce by SiteGiant