Kindly be Informed that Malaysia will be having public holidays on Sept 9th and 16th. Delays in order fulfillment is expected. Thank you!
Free shipping for orders over RM200.00 within Peninsular Malaysia
RM55.00
Madhhab atau Tiada Haram Bermadhhab
Price RM55.00
Product SKU 9789671571675
Brand Akademi Jawi Malaysia-Klasika Media
Reward Points 55
Availability 5
Quantity
Description

KITAB AL-MADHHAB atau TIADA HARAM BERMADHHAB - Kulit Lembut

Karangan Shaykh 'Abd al-Qādir 'Abd al-Muṭṭalib 
al-Andūnisī al-Mandīlī (1910-1965)

Terbitan Akademi Jawi Malaysia - Klasika Media
Terbit Julai 2018

ISBN: 978-967-15716-7-5
Bil. muka surat: 182 + xxxiii
Harga: RM55.00

Penerbitan bermutu yang dilengkapi dengan
• Pengenalan
• Perūmīan bernota kaki
• Glosari dan Indeks
• Cetakan pada pada kertas berkualiti tinggi
• Kata pengantar daripada Dr. Mohd Farid Mohd Shahran.

Keterangan Kitab:

Pada abad ke-19, Ḥasan Bandung (1887-1958) mengarang senaskhah buku yang menolak madhhab dan menyarankan kepada orang Islam supaya melakukan ijtihadnya sendiri. Shaykh ʿAbd al-Qādir al-Mandīlī melihat tulisan ini sebagai suatu kekeliruan yang nyata lalu membalas tulisan itu dengan menyenaraikan hujjah-hujjah untuk memperbetulkan kekeliruan tersebut.

Shaykh ʿAbd al-Qādir al-Mandīlī menjelaskan tentang madhhab dan sejarahnya serta keperluan melakukan ijtihad, ittiba’, taqlid dan tafliq serta kelayakan seorang mujtahid.

Perbahasan Shaykh ʿAbd al-Qādir al-Mandīlī didapati masih lagi sesuai untuk dibicarakan semula pada zaman ini kerana munculnya golongan yang menolak madhhab dan mempertikaikan kepentingan madhhab dalam kehidupan seorang Islam.

Petikan menarik:

Taqlīd dan bermadhhab tiada ḥarām atas sekalian orang ‘awām. Allāh Ta‘ālā tiada ada melarang akan orang ‘awām daripada bermadhhab (bertaqlīd pada furū‘). Rasūlu’Llāh (Ṣ) tiada melarang ummatnya (yang ‘awām) daripada bermadhhab. Ṣaḥābat raḍiya Allah ‘anhum tiada ada melarang akan orang ‘awām daripada bermadhhab. Bahkan ijmā‘ mereka itu atas membiarkan orang ‘awām pada taqlīd. Tābi‘ūn dan ṭābi‘ al-tābi‘īn tiada melarang mereka itu akan orang ‘awām daripada bermadhhab. Imām-imām yang empat tiada melarang akan orang ‘awām daripada bermadhhab. - Shaykh ‘Abd al-Qādir al-Mandīlī.

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
HighlightsMore