Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM25.00
Wacana Tentang Kaedah
Price RM25.00
Product SKU 9789672117025
Brand IBDE
Reward Points 25
Points Needed 5000
Availability 1
Quantity
Description

Wacana Tentang Kaedah – Kulit Lembut
Pengarang: René Descartes 
Penerbit: Awal Nahdah Resources
ISBN: 9789672117025
Tahun: 2017
Bil Muka surat: 130
Berat: 125g


Wacana Tentang Kaedah adalah terjemahan daripada Discours de la Méthode Pour bien conduire sa raison, et chercher la vérité dans les sciences karya René Descartes yang diterbitkan pada tahun 1637. Buku Wacana Tentang Kaedah membuka lembaran baru dalam falsafah.


Dalam sejarah falsafah, Rene Descartes dikira sebagai pemula kepada falsafah moden. Discours de la Méthode Pour bien conduire sa raison, et chercher la vérité dans les sciences (Discourse on the Method of Rightly Conducting One’s Reason and of Seeking Truth in the Sciences) atau Wacana Tentang Kaedah Bagaimana Berfikir Dengan Baik Tentang Mencari Kebenaran Dalam Ilmu-Ilmu paling mewakili semangat falsafah moden yang dibawa oleh Descartes.


Descartes dikenali dengan slogan cogito ergo sum, tetapi di dalam buku ini ungkapan itu disebut dalam bahasa ibunda beliau: je pense donc je suis—saya berfikir, maka saya wujud. Descartes mencari keyakinan setelah ragu terhadap segala ilmu bahkan kewujudan dirinya sendiri.


Filasuf ini turut memecah tradisi dengan menulis buku ini dalam bahasa ibundanya, bahasa Perancis, bukan bahasa masyarakat terpelajar, iaitu bahasa Latin. Beliau secara sedar ingin buku ini dibaca dengan meluas oleh bangsa beliau. Maka beliau memulakan trend gerakan bahasa-bahasa ibunda sebagai wahana Pencerahan dan bahasa pengucapan intelektual.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More