Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM20.00
Kreativiti & Imaginasi Dalam Psikologi Islami
Price RM20.00
Product SKU 9789832636519
Brand IKIM
Reward Points 20
Points Needed 4000
Availability 10
Quantity
Description

Kreativiti & Imaginasi Dalam Psikologi Islami: Pengamatan Al-Ghazzali, Al-Baghdadi Dan Ar-Razi - Kulit lembut

Penyunting: Mohd Zaidi Ismail
Tahun: 2018
Muka surat: 94
Berat: 200g

 

Oleh kerana daya cipta atau kreativiti insan berkait rapat dengan daya khayal atau imaginasinya, sebarang langkah untuk memupuk kreativiti harus melibatkan kefahaman tentang hakikat dan sifat daya khayal. Memandangkan para ilmuwan Islam terdahulu telah mengkaji dan memperihalkan tentang daya ini, maka sangat penting sekali perbahasan mereka ini diteliti semula dan dimanfaatkan demi melanjutkan penyelidikan berkenaan kreativiti yang bertepatan dengan Agama Islam. Buku ini khusus meninjau pengamatan tiga Ilmuwan Islam – iaitu: Abu Hamid al-Ghazali (w.505/1111M); Abu al-Barakat al-Baghdadi (w.560H/1165M); dan Fakhr al-Din al-Razi (w.606H/1209M)- terhadap daya khayal dan daya cipta dari segi psikologi, khasnya yang berkaitan dengan hal ehwal ilmu. Tinjauan tersebut dilakukan dalam kerangka rangkaian dua persoalan pokok: pertamanya, sekiranya sifat “baharu” itu merupakan intisari “ciptaan” atau “rekaan”, maka apakah sebenarnya tahap dan sifat kebaharuan atau pembaharuan yanag dimaksudkan ketika merujuk kepada penghasilan insan?; dan keduanya, apa sebenarnya kedudukan, peranan dan tugas “daya khayal” dalam menghasilkan pembaharuan atau kebaharuan itu tadi?

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More