Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM32.40 RM36.00
Khulasah Faham Ilmu
End In :
Price RM32.40 RM36.00
Product SKU 9789671663707
Brand CASIS-HAKIM
Reward Points 36
Points Needed 7200
Availability 18
Quantity
Description

Khulasah Faham Ilmu - Kulit lembut

Pengarang: Wan Suhaimi Wan Abdullah
Penerbit: Pertubuhan Pendidikan Futuwwah
ISBN: 9789671663707
Tahun:2019
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat:220 
Berat:440g

Dalam pendahuluan Kitab Ihyā', Imām al-Ghazālī mengungkapkan betapa ramai di kalangan para penggiat ilmu yang keliru dan seakan tidak mampu mengenalpasti apakah ilmu yang benar dan apakah pula yang sebaliknya, sehingga wujud pelbagai kecelaruan. Ada yang menganggap kejahilan sebagai ilmu lalu mereka mempertahankannya. Di samping itu, lahir para 'ilmuwan' palsu dan keliru yang diangkat dan ditampilkan, lalu mempengaruhi dan berpengaruh dalam masyarakat, sehinggakan suatu yang munkar dianggap sebagai makruf dan sebaliknya yang makruf dibayangkan sebagai munkar. Tulisan ini berupa ringkasan dan sorotan terhadap faham-faham utama dalam Kitāb al-‘Ilm daripada Iḥyā' ‘Ulūm al-Dīn, karya Imām al-Ghazālī. Ia mengupas inti pati Kitāb al-‘Ilm dengan pendekatan dan kerangka yang dapat menzahirkan kembali gagasan pemikiran Imam al-Ghazālī sesuai dengan hal keadaan semasa. Ia menampilkan teks sebagai suatu penyelesaian bagi persoalan dan permasalahan sekarang. Dengan ini, teks dapat dihidupkan dan diletakkan pada tempatnya yang sesuai. Ini akan menyambung kembali tradisi Islam menjadi suatu mata rantai yang saling melengkapi dan dapat terus menyumbang. Manakala pembaca pula akan lebih mampu menghargai sumbangan dan kewibawaan pemikiran al-Ghazālī.

WAN SUHAIMI WAN ABDULLAH, adalah Profesor Madya di Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More