Price | RM55.00 |
Product SKU | 9789671979808 |
Brand | Literasi Resources |
Reward Points | 55 |
Points Needed | 11000 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
5 Tahun Membina Empayar PSS Idaman - Kulit lembut
Penulis: Shah Ridha Abdul Jalil
ISBN: 9789671979808
Penerbit: Literasi Resources
Tahun: 2021
Bahasa: Melayu
Muka surat: 296
Berat: 521 g
Buku ini merupakan buku solo pertama Shah Ridha Abdul Jalil setelah buku Panduan Pusat Sumber Idaman yang dihasilkan bersama lima penuli lain mendapat sambutan hangat.
Buku ini menceritakan usaha beliau dan pasukannya membangunkan Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Seri Pulai Perdana (SMKSPP), Kulai, Johor selama lima tahun (2015-2019) daripada sekadar sebuah bilik kosong sehingga berjaya dan cemerlang dengan mempunyai 12 bilik khas, tiga galeri dan yang terbaru, perpustakaan kontena menggunakan solar di padang sekolah. Penulis berkongsi semua acara dan program, perubahan, inovasi dan apa sahaja yang cuba dilakukan di PSS termasuklah segala pahit dan manis, suka dan duka, serta kejayaan dan anugerah yang diterima.
Penulis percaya, PSS yang cemerlang ibarat sebuah keluarga yang menggabungkan kekuatan GPM dan kemenjadian murid menerusi Pengawas Pusat Sumber (PPS) meskipun tidak pernah tercalon sebagai Anugerah Pusat Sumber Cemerlang.
Kini, PSS SMKSPP menjadi sebutan ramai dan menjadi tempat rujukan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dari dalam dan luar negara.