Price | RM8.00 |
Product SKU | 9789832289050 |
Brand | Local Publishers |
Reward Points | 8 |
Points Needed | 2000 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Jenayah Murtad dan Hukumannya Perspektif al-Quran dan al-Sunnah - Kulit lembut
Pengarang: Yusuf Al-Qardhawi
ISBN: 9789832289050
Penerbit: Rmi Multimedia Publishing
Tahun: 2000
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 79
Berat: 134 g
Muqaddimah
Terdapat pelbagai pendapat dalam masalah murtad dan hukumannya menurut perspektif Islam. Di antara mereka ada yang memberikan pendapat secara tepat dan ramai pula yang tersilap. Ada yang mengatakan al-Quran tidak menyentuh secara jelas masalah ini dan tidak ada ketetapan hukuman ke atas pelaku murtad.
Ada di kalangan mereka pula yang cuba mengatakan hanya terdapat satu hadith sahaja yang menyentuh permasalahan ini yang bermaksud : sesiapa yang mengubah agamanya maka bunuhlah ia. Selanjutnya golongan ini cuba mengatakan bahawa hadith ini lemah dan tidak boleh dijadikan hujah.
Sementelahan pula segolongan yang lain cuba memandang gejala murtad sebagai perkara yang remeh yang tidak berbahaya kepada masyarakat Islam. Mereka tidak membezakan pelaku murtad antara yang menyembunyikan kemurtadannya dan yang menzahirkannya. Pada mereka tiada perbezaan antara yang menyeru kepada perbuatan murtad itu dengan yang berdiam diri. Juga tiada beza antara murtad yang berat (mughallaz) dan murtad yang ringan (mukhaffaf).
Di dalam buku ini saya akan cuba menjelaskan beberapa kebenaran yang telah diselewengkan dan perkara-perkara yang telah dicampur adukkan untuk kepentingan pihak tertentu. Saya cuba bergantung sepenuhnya kepada ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith sahih selain dari pendapat para sahabat dan ulama yang agung.
...
Yusuf al-Qardawi