Price | RM25.00 |
Product SKU | 9789679426076 |
Brand | Penerbit UKM |
Size (L x W x H) | 15 cm x 23 cm x 1.5 cm |
Reward Points | 25 |
Points Needed | 5000 |
Availability | Out Of Stock |
Dialek Melayu Brunei dalam Salasilah Bahasa Melayu Purba - Kulit Lembut
Penulis: Jaludin Chuchu
ISBN: 9789679426076
Penerbit: Penerbit UKM
Tahun: 2003
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 261
Berat: 380g
Buku ini mengkaji hubungan dialek Melayu yang dituturkan di Pulau Borneo dan mengklasifikasikannya dalam rumpun bahasa Melayu Purba (BMP). Dialek Melayu Brunei (DMB) yang dikaji ialah dialek Sambas di Kalimantan Barat (DMS), dialek Berau di Kalimantan Timur (DBR) dan varian dialek Melayu di Teluk Brunei (DMTB). Kajian dilakukan berdasarkan pendekatan linguistik sejarah untuk menilai kedudukan DMB dalam salasilah BMP. Data disaring dan dibandingkan berdasarkan pendekatan linguistik struktural, iaitu membanding daripada sudut fonologi. Data yang disaring adalah inventori vokal dan konsonan, perbandingan vokal, diftong dan konsonan BMP dengan varian DMTB, DMS dan DBR. Selain itu turut dibincangkan ialah hubungan khusus yang dimiliki bersama dialek Melayu Brunei berdasarkan inovasi leksikal dan juga persamaan leksikal. Hasil kajian menunjukkan bahawa BMP telah menurunkan bahasa Melayu Borneo yang kemudiannya berpecah pula menjadi dua rangkaian, iaitu bahasa Borneo Barat dan bahasa Borneo Pesisir. Daripada bahasa Borneo Pesisir terpancar DMS dan bahasa Borneo Timur. Bahasa Borneo Tenggara dan bahasa Borneo Utara adalah pecahan daripada bahasa Borneo Timur. Di bawah bahasa Borneo Utara dipancarkan varian DMTB dan bahasa Borneo Tenggara memancarkan DBR. Dari Brunei dialek Melayu tersebut diandaikan telah berpindah ke Bacan dan Berau.