Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM25.00
Citra Wanita dalam Sastera Melayu 1930-1990
Price RM25.00
Product SKU 9836269525
Brand Dewan Bahasa dan Pustaka
Reward Points 25
Points Needed 5000
Availability 1
Quantity
Description

Citra Wanita dalam Sastera Melayu 1930-1990 - kulit lembut


Penyelenggara: Ahmad Kamal Abdullah & Siti Aisah Murad
ISBN: 9836269525
Penerbit: DBP
Tahun: 2000
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 279
Berat: 349g

 

Citra adalah gambaran, cerminan dan bayangan. Citra juga diertikan sebagai keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu, sebagaimana yang terpancar pada pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain. Dalam konteks kesusasteraan Melayu moden, pembicaraan tentang wanita banyak terpancar dalam karya-karya sastera seperti novel Hikayat Faridah Hanum yang mewakili masyarakat tradisional. Dalam novel Ombak Bukan Biru pula jelas terpancar perubahan-perubahan yang dicapai oleh kaum wanita dalamn arus perkembangan masyarakat moden.

 

Buku ini merupakan kumpulan kertas kerja yang meneliti sejauh mana citra wanita dipaparkan dalam karya cerpen, drama, novel dan puisi. Pembaca dapat menyelami luahan penderitaan, perjuangan serta harapan wanita dalam kehidupan. Karya-karya sastera yang dikaji dalam buku ini menjadikan wanita sebagai salah satu watak sehingga menampilkan citra yang jelas. Diharapkan buku ini akan menambah lagi kepustakaan yang sedia ada dan bermanfaat kepada pembaca, penyelidik dan para pelajar. 
 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More