Price | RM35.00 |
Product SKU | 9789671696309 |
Brand | Taman Pustaka |
Reward Points | 35 |
Points Needed | 7000 |
Availability | Out Of Stock |
Description
Laksamana Zheng He: Teladan Merentasi Zaman - Kulit lembut
Penulis: Chong Kok Hoong, Muhammad Suhail Ahmad & Abdul Hakim Shahbudddin
Tahun: 2019
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil Muka surat: 280
Berat: 457g
Laksamana Zheng He atau lebih dikenali sebagai Cheng Ho adalah sosok ikon umat yang perlu dikenali oleh seluruh manusia. Jasa begitu besar waris Nabi ini terakam kemas dalam sejarah dunia untuk mempertaut hubungan persahabatan dengan negara-negara di Lautan Barat.
Sebanyak tujuh kali pelayaran Laksamana Zheng He, hampir kesemuanya singgah di Melaka. Berkat kunjungan Ying Qing sebelum itu dibalas Parameswara mengadap maharaja China. Kepulangan Raja Melaka kemudiannya diiringi Laksamana Zheng He menjadi pemula kepada eratnya jalinan antara dua negara ini.
Sejarah Laksamana Zheng He pernah cuba dimusnahkan namun lumrah alam tidak mengizinkan kisah pejuang tulus ini dipadamkan. Keturunannya yang mulia akhirnya dikenali semula oleh orang di tanah kelahirannya iaitu Kunming, Yunan, China seterusnya ke seluruh dunia.
Penulis menjejak kisahnya hingga ke Kunming sehingga bertemu waris Laksamana Zheng He. Kala masyarakat membantah Tun Abdul Razak berbaik dengan China, ia sebenarnya membuka jalan untuk rakyat Malaysia mengenali Zheng He. Ziarah Anwar Ibrahim ke makam Zheng He mendapat liputan media antarabangsa yang terkejut tentang keislaman Laksamana Zheng He. Banyak lagi kisah yang membuka mata kita telah penulis bentangkan dalam buku ini. Kisah suatu teladan merentasi zaman.
Reviews (0)
view all
back
You Might Like These Too:More