Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
15
Seruan Islah Syed Shaykh al-Hadi
RM55.25 RM65.00
Seruan Islah Syed Shaykh al-Hadi
End In :
Price RM55.25 RM65.00
Product SKU 9789677520178
Brand Islamic Renaissance Front
Reward Points 65
Points Needed 13000
Availability 1
Quantity
Description

Seruan Islah Syed Shaykh al-Hadi - Kulit Lembut

 

Publisher: Islamic Renaissance Front
Year: 2018
Pages: 411

 

Syed Shaykh al-Hady, pembaharu tegar Islām dan kaum Muslimin, belum lagi diiktiraf secara nasional di Tanah Melayu atas sumbangan beliau terhadap pembebasan kesedaran kaum Muslimin.



Syed Shaykh belum lagi diiktiraf di peringkat antarabangsa atas peranan yang dimainkannya dalam gerakan reformis Melayu ini yang telah sebelumnya dimulakan oleh para penggagas cita Islam Moden sejagat, Jamāl al-Dīn al-Afghānī, Muhammad ‘Abduh, Rashīd Rida dan lain-lain.



Syed Shaykh adalah salah seorang pengasas al-Imām pada tahun 1906, sebuah jurnal Melayu-Jawi yang diterbitkan di Singapura dan didedikasikan demi islāh dan tajdīd, pembaikan dan pembaharuan. Pada tahun 1926–8, ketika berpusat di Pulau Pinang, beliau telah mewujudkan al-Ikhwān, akhbar Saudara, serta Jelutong Press. Di dalamnya, Syed Shaykh, Shaykh ‘Abd Allāh Maghribī, Shaykh Mohd. Tahir Jalaluddin, Imam Abu Bakar Ash‘ari, dan lain-lain dengan berani menyerang amalan-amalan yang salah yang didukung oleh pentafsiran yang herot daripada matlamat dan intipati ajaran Islām, yang mereka anggap sebagai progresif dan menghidupkan kemanusiaan sepanjang zaman. Mereka tegas menentang taqlīd, mengikut membuta tuli akan tradisi, yang telah diperingatkan oleh Nabi Muhammad sebagai membawa kita ‘merangkak ke lubang biawak’ jika nenek moyang kita melakukannya.


Membaca kritikan para pelopor modenis lebih daripada seratus tahun yang lalu, kita pasti akan menyedari bahawa banyak hal yang dibangkitkan pada ketika itu masih relevan pada hari ini; masyarakat Melayu dalam budaya dan struktur keagamaannya masih memerlukan pemikir islāh yang berani sekiranya daya hidup umat Melayu Islam ingin dikeluarkan daripada bawah tempurung yang tidak dapat merasai cahaya kebenaran hakiki.

Kompendium ini teristimewa ditujukan buat cita tersebut.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More