Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM15.30 RM18.00
Islam Liberal: Kajian Terhadap Sumber Epistemologi
End In :
Price RM15.30 RM18.00
Product SKU 9789834915681
Brand Dewan Bahasa dan Pustaka
Reward Points 18
Points Needed 3600
Availability Out Of Stock
Description

Islam Liberal Kajian Terhadap Sumber Epistemologi - Kulit keras

 

Penulis: Ahmad Yumni Abu Bakar & Che Zarrina Sa'ari
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun: 2019
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 156
Berat: 200g


Buku berjudul Islam Liberal: Kajian Terhadap Sumber Epistemologi merupakan karya yang membahaskan sumber epistemologi yang didukung oleh golongan Islam liberal secara terperinci. Selain itu, buku ini mengupas isu perkembangan fahaman liberal di dunia Eropah yang mempengaruhi pemikiran golongan muda intelektual Islam di Malaysia. Selanjutnya buku ini memperlihatkan golongan Islam liberal yang memperjuangkan empat agenda utama, iaitu sistem politik sekular, toleransi (pluralisme) beragama, emansipasi wanita dan kebebasan mengeluarkan pendapat.

 

Buku ini juga menghuraikan fahaman golongan ini terhadap sumber utama Islam, iaitu al-Qur'an, hadith, ijmak, qiyas dan pelaksanaan hukum Islam. Fahaman ini didapati menggunakan akal secara maksimum dalam penghujahan mereka. Didapati bahawa empat agenda utama golongan ini terpengaruh dengan unsur fahaman liberal. Golongan ini juga menggunakan metode hermeneutik dalam pentafsiran al-Qur'an. Selain itu, mereka juga menolak hadith Sahih yang bertentangan dengan rasional akal dan berpendapat bahawa ijmak tidak hanya dikhususkan kepada para ulama malah sesiapa sahaja bebas mengeluarkan pendapat. Golongan ini mengecam pelaksanaan hukum Islam kerana berpendapat pelaksanaan hukum Islam akan mendatangkan pelbagai masalah seperti kecacatan dan huru-hara. Golongan ini juga lebih mengagungkan penggunaan akal dan bagi mereka akal ialah sumber kebenaran. 

 

Buku ini turut memuatkan hasil kajian secara temu bual dengan empat orang aktivis Jaringan Islam Liberal. Diharapkan akan menjadi rujukan kepada setiap lapisan masyarakat Islam di Malaysia bagi mengenali dan mengetahui golongan Islam liberal ini kerana ledakan pengaruhnya sudah sampai ke negara ini. Hal ini penting untuk mencari strategi yang berkesan bagi menangani fahaman tersebut.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More