Price | RM20.00 |
Product SKU | 9789676901705 |
Brand | Thinkers Library |
Size (L x W x H) | 22.8 cm x 15 cm x 1.7 cm |
Reward Points | 20 |
Points Needed | 4000 |
Availability | 10 |
Quantity |
|
Islam dan Pembangunan Ekonomi: Satu Strategi Untuk Pembangunan Yang Adil dan Stabil - Kulit keras
Pengarang : M. Umer Chapra / Adi Setia Bin Mohd Dom (Penterjemah)
ISBN : 967-69-0170-9
Penerbit : Thinker's Library
Tahun : 1997
Halaman : xxvii, 241
Semua negara Islam, seperti kebanyakan negara membangun yang lain, sedang berusaha untuk memesatkan pembangunan ekonomi masing-masing. Usaha ini mengalami kerumitan kerana negara-negara yang sama mengalami ketaksamaan ketara yang menjerumuskannya dalam kekacauan sosiopolitik. Negara-negara tersebut juga menghadapi keadaan makroekonomi yang tidak seimbang sehingga membawa kepada kadar pengangguran dan kadar inflasi yang tinggi, defisit imbangan pembayaran yang berlebih-lebihan, susut nilai kadar pertukaran yang berterusan dan beban tanggungan hutang yang berat. Oleh itu, apa yang diperlukan ialah satu strategi yang tidak hanya berupaya memesatkan pembangunan ekonomi juga dapat membantu mengurangkan ketaksamaan keadaan yang tidak sama rata dan tidak seimbang tersebut.
Ciri dan kandungan strategi tersebut merupakan terma-terma utama buku ini. Mula-mula dibincangkan mengapa strategi sedemikian tidak mungkin dirumuskan dalam rangka pandangan alam kapitalisme, sosialisme dan negara kebajikan sekular. Ia juga membincangkan mengapa strategi-strategi yang telah dianjurkan oleh ekonomi pembangunan sepanjang empat dekad yang lalu telah membawa kepada ketidaktekalan serius serta menyerlahkan keadaan yang tidak sama rata dan tidak seimbang dalam kebanyakan negara membangun. Buku ini kemudiannya menghuraikan strategi pembangunan ekonomi Islam dan menunjukkan mengapa strategi ini berupaya untuk menggalakkan pembangunan yang adil dan stabil.