Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM35.00
​Persatuan Ulama Kedah: Inti Sari Kebangkitan, Gerakan Dakwah dan Kepimpinan
Price RM35.00
Product SKU 9789672486275
Brand UUM Press
Reward Points 35
Availability 2
Quantity
Description

Persatuan Ulama Kedah: Inti Sari Kebangkitan, Gerakan Dakwah dan Kepimpinan - Kulit lembut


Penulis: Mustaffa Mahmud & Muhammad Noor Habibi Hj. Long
ISBN: 9789672486275
Penerbit: UUM Press
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 130
Berat: 255 g

 

Buku ini membentangkan susur galur sejarah penubuhan Persatuan Ulama Kedah (PUK) sejak kemerdekaan tanah Melayu sehingga kini. Penubuhan PUK bermula daripada kebangkitan semangat perjuangan menentang Malayan Union dan menuntut kemerdekaan negara. Buku ini juga merupakan catatan diari perjuangan para ulama, khususnya pendukung PUK, yang jarang ditemui dalam catatan buku-buku sejarah moden pada hari ini dalam mendepani cabaran dakwah dan gerakan Islam. Ia dapat memberi inspirasi perjuangan kepada para amilin dan pendakwah serta masyarakat Islam seluruhnya. Buku ini mengimbas kembali bagaimana peranan ulama sebagai benteng terakhir menjaga akidah masyarakat Islam di tanah air ketika era penjajahan.

 

Menelusuri pendekatan yang digunakan oleh para ulama dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. PUK telah menjadi sekretariat gerak kerja  penggemblengan kebangkitan rakyat yang melibatkan semua pihak daripada golongan istana, bangsawan hingga golongan petani yang merupakan rakyat marhain. Setelah mencapai kemerdekaan, ulama berperanan untuk mengisi kemerdekaan dengan menangani isu kelemahan kepimpinan dan kejahilan umat. Para ulama menubuhkan institusi pendidikan seperti pondok dan sekolah agama. Sebahagian mereka mengambil bahagian dalam pentadbiran negeri dan negara. Manakala sebahagian lagi menganggotai pertubuhan NGO menjadi jurubicara yang membawa suara masyarakat yang tertindas dan ketinggalan. Akhirnya, ulama juga adalah sebuah institusi yang berperanan menyatukan umat dan mengembalikan maruah nusa. 
 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More