Free shipping for orders over RM200.00 within Peninsular Malaysia
Kindly register an account with us before place an order by
RM25.00
Al-Ghazali Sang Sufi Sang Filosof
Price RM25.00
Product SKU PUS0062
Brand Indonesia
Reward Points 25
Points Needed 5000
Availability 1
Quantity
Description

Al-Ghazali Sang Sufi Sang Filosof: Sebuah Perbandingan Metoda Filsafat Antara Al-Ghazali Dengan Descartes - Kulit Lembut
Pengarang: Dr. Mahmud Hamdi Zaqzuq
Penerbit: Penerbit Pustaka
ISBN: -
Tahun: 1987
Bil Muka surat: 142 
Berat: 165g

Seorang sejarawan, Uthmān Ka‘ak menjumpai terjemahan dari karya al-Ghazālī yang bertajuk al-Munqidh min al-Ḍalāl dalam perpustakaan Descartes di Paris. Ketika beliau membuka naskah tersebut, beliau menemukan pernyataan al-Ghazālī ‘‘…keraguan adalah peringkat pertama keyakinan..’’ yang telah diberikan garis merah oleh Descartes, dengan anotasi tambahan ‘‘pindahkan ini ke dalam metode kita.’’ Pernyataan al-Ghazālī tersebut mengingatkan kita kepada apa yang disampaikan oleh Descartes, la doute est le premier pas vers la certitude (keraguan adalah jalan pertama menuju keyakinan).

Tidak syak lagi bahawa al-Ghazālī adalah tokoh yang berwibawa, sehingga ramai tokoh-tokoh besar di Timur dan Barat yang terpengaruh dengan kehebatan pemikirannya. Akan tetapi, diperlukan kajian mendalam untuk menyelidik hubungan dan kesan dari pengaruh tersebut. Buku ini merupakan salah satu karya yang mencuba melakukan perbandingan terhadap pemikiran falsafah al-Ghazali dan Descartes, terutamanya pada metode keraguan. Tajuk asal buku adalah al-Manhaj al-Falsafī bayna al-Ghazālī wa Dīkart, yang pernah diterbitkan oleh Maktabah al-Anglo al-Miṣriyyah di Kaherah pada tahun 1981 (cet.2).

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More